Sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 9 Ogos lalu, pelakon Shima Anuar kini dalam proses berpantang.
Dalam pada itu, pelakon filem Highlands Tower ini juga berkongsi tips untuk mendapatkan susu badan yang banyak.
“Sejak ramai yang bertanyakan mengenai banyaknya susu badan. Saya cuma beri susu badan secara direct pada waktu malam.
“Disebelah siang pula, saya akan pam dan letak dalam botol sebab hari itu anak ada jaundice (kuning) dan doktor nasihatkan untuk beri susu badan dengan banyak untuk menurunkan jaundice.
“Anak pula jenis kalau dapat nenen, dia akan rasa lagi selesa dan kemudian terus tidur. Jadi, saya tak tahu anak minum banyak atau sikit.
“Oleh sebab itu, saya letak susu dalam botol dan saya tahu kuantiti dia minum berapa banyak. Setiap dua jam, saya akan bagi 1 auns (oz) dan sekarang ini setiap 2 jam auns (oz),” kongsinya.
Akui Shima lagi, kelahiran anak kedua ini membuatkan susu badannya lebih banyak berbanding dengan anak pertama.
“Malam saya akan bagi secara susu badan direct. Alhamdulillah, anak kedua ini susu lebih banyak berbanding dengan anak pertama, Sophia.
“Sebab ketika itu, saya fikir nantilah kalau nak kurus. Apabila sampai masa nak bersenam, saya akan lakukan.
“Memandangkan saya bersalin secara czer, saya kena tunggu sehingga tiga bulan dan dengar nasihat doktor.
“Saya juga ada kongsi tips untuk dapatkan banyakkan susu. Tetapi ikut juga pada jenis badan individu masing-masing.
“Tak salah kalau kita nak tanya pengalaman seseorang, tapi lebih baik tanya trus tanya dengan doktor,” kongsi Shima menerusi IG TV.
Pelakon Datin Diana Danielle ada berkongsi sebuah video di IGTV yang merakamkan dirinya ada membuat pengakuan sambil menangis teresak-esak akibat mengalami masalah sukar untuk bernafas.
Menurut Diana, keresahan yang dialaminya bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Menerusi luahan yang dibuat itu, bintang Hanyut tersebut antara lain ada memaklumkan dia sendiri tidak tahu sejak bila kejadian tersebut menimpa dirinya.
“Saya tidak tahu hari keberapa perkara ini berlaku, kesukaran untuk bernafas. Bila saya check dengan doktor, kandungan Oksigen saya 100 peratus, degupan jantung pun normal dan ia bukan penyebab kepada masalah yang berlaku.
“Saya dah cuba untuk bernafas, nak dapat nafas penuh tu, ya Allah…susah. Saya nangis sebab saya rasa penat nak cari nafas. Nak paksa tapi tak penuh, bila penuh tu leganya,” antara yang diucapkan Diana.
Setakat ini, video yang mempunyai durasi lebih dua minit itu sudah pun ditonton lebih setengah juta kali.
Beberapa hari lalu, Diana sempat memuat naik sekeping foto beserta video dirinya yang sedang alat menggunakan nebuliser untuk masalah pernafasan.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah kini sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Shila berkata dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
“Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni..Hari2 tengok video labor and delivery org lain Bag hospital in Sha Allah dah complete.
“Kalau ikut kan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar…
Terutamanya tendangan Di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia,” tulisnya.