[GAMBAR] Sekitar Majlis Akikah Anak Hafidz Roshdi, Cantik Sedondon!

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon kacak, Hafidz Roshdi sudah menimang cahaya mata sulungnya pada bulan September tahun lalu.

Sejak kelahiran puteri sulungnya ini, Hafidz dilihat tidak pernah berkongsi gambar wajah anaknya namun sejak kebelakangan ini Hafidz sudah mula berkongsi gambar anaknya yang diberi nama Humairah di akaun Instagramnya malah Humairah juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri.

Baru-baru ini, majlis akikah untuk Humairah telah diadakan dan terlihat Hafidz, isterinya, Shuhada Mat Shukri dan anaknya segak berpakaian sedondon.

Ok lah jom MH belanja korang gambar sekitar majlis akikah Humairah.

IKLAN

IKLAN

Alahai comel betul MH tengok Humairah ni lagi-lagi bila dia senyum dan ketawa. Semoga Humairah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi