[GAMBAR] Sedondon Putih Gading, Ini Foto Indah Majlis Pertunangan Aishah Azman & Syafie Naswip

Share

Aishah Azman telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Syafie Naswip pada 7 April lalu di Forest Valley Hall, Cheras.

Menerusi laman Instagram milik Syafie Naswip atau nama sebenarnya Mohamad Syafie Naswip, dia ada berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pertunangan mereka berlangsung.

Pasangan sama cantik sama padan ini dilihat menawan menerusi persalinan rona putih gading yang sedondon.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini telah berkenalan sejak tahun 2015.

Mereka mulai serius dalam menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun ini.

Di samping itu, perkongsian oleh Syafie turut mendapat perhatian daripada peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pelakon yang berusia 27 tahun itu.

Memang sama cantik dan sama padan apabila pasangan ini bersama. Secocok sangat bukan?

Foto : Instagram Syafie Naswip

IKLAN