[GAMBAR] Sedondon Persalinan Putih, Instafamous Beby Tora Tora Sudah Sah Bergelar Isteri!

Share

Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie sudah pun bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Apit Johari.

Difahamkan, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu dan memilih persalinan serba putih sebagai rona tema.

Malah, bintang insta yang sinonim dengan reviu produk makanan ini turut berkongsi beberapa keping gambar dan video sekitar di Instagram.

Serentak dengan itu, rakan dan peminatnya turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan mempelai. Semoga kalian kekal bahagia selama-lamanya!

Foto: Instagram Beby Tora Tora
IKLAN