Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie sudah pun bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Apit Johari.
Difahamkan, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu dan memilih persalinan serba putih sebagai rona tema.
Malah, bintang insta yang sinonim dengan reviu produk makanan ini turut berkongsi beberapa keping gambar dan video sekitar di Instagram.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Apa yang lucunnya, ruangan komen pada video tersebut telah dibalas oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV.
“Naper tertengok posting ni yer.?Tiberrr….pastu rasa mmmm…DSV kalau??”tulisnya.
Lantas, kata-kata yang ditulis oleh DSV atau nama sebenar Hasmiza Othman telah menjadi perhatian netizen kerana berasa kelakar dan terhibur setelah membaca komen tersebut.
Alahai, macam-macam gelagat DSV yang menghiburkan netizen. Kalau dah jodoh, tak kemana-mana. Mana tahu jodoh Remy Ishak mungkin bersama dengan DSV?
Video : Instagram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebentar tadi, penyanyi Azharina Azhar ada memaklumkan berita sedih apabila bapa angkatnya, Hamidi sedang tenat di hospital.
Ujar penyanyi Elergi Sepi ini, bapa angkat yang dipanggil Papa itu merupakan individu yang menjaga dan selalu menasihatnya bersama Mama sejak dia berusia 18 tahun lagi.
“Asalamualaikum semua . Papa nina sedang tenat di hospital . Dialah yang menjaga dan selalu menasihati nina bersama mama dari usia nina 18 tahun perkenalan pertama kami sehingga nina menjadi ibu tunggal skarang.
“Dialah imam bilamana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah . Papa hamidi mengambil nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat nina … kasih sayang papa dan mama tak ada beza nya dgn yang lain.
“Sama seperti anak kandung mereka . Sedih pilu hati nina melihat keadaan papa begini . Setiap nina di landa masalah papa slalu mendengar luahan dan menasihati nina bersabar .
“Di usia 74tahun dia gagahi setiap langkahnya setiap hari 5x ke surau nurul imam dan menguruskan hal hal surau.
“Doakan papa senantiasa sehat dan kuat menghadapi sakit ini . Semoga papa bisa sembuh. Anakmu nina …sayang papa,” tulisnya panjang lebar menerusi menerusi Facebook.
Foto: Facebook Azharina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan majlis raja sehari Aidil-Fasha yang bakal berlangsung tak lama lagi, Nora Danish sempat menitipkan ucapan buat aktres, Fasha Sandha.
Pelakon dan usahawan itu mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 terbabit.
“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah.
“Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,” katanya selepas ditanya pihak media.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi istimewa, Jovian Loves Oh Most Wanted di Shah Alam, minggu lalu.
Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia 5 tahun.
Terdahulu, Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.