Penyanyi Kaka Azraff menitipkan dedikasi teristimewa buat suaminya, Adam Azriff yang banyak berkorban bagi dirinya.
Apresiasi itu diberikan Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, buat Adam sejurus lagu Gila dinotbatkan sebagai juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu.
Kaka menjelaskan, Adam memahami dan sanggup mengambil alih tugasnya seketika demi memastikan dirinya fokus menghadapi AJL35 tempoh hari.
“Thank you for everything my love. Izinkan i focus, takeover my routine, bangun pagi siapkan Aslan sebab nak bagi i tidur lama.
“Bagi idea, plan kan our stage performance and mood. Macam2 u sacrifice utk i settlekan AJL, thank you sayang,” tulisnya.
Kaka turut menambah kejayaan yang diraih adalah berkat doa dan semua.
“Berkat doa you semua ni InshaAllah. My no1 supporter, my bestfriend #AJLgila #GILA @helloadamazriff,” tulis Kaka lagi.
Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi peminat dan rakan artis yang sama-sama meninggalkan ucapan tahniah atas kejayaan lagu tersebut di acara muzik tahunan itu.
Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Kaka dan Adam mendirikan rumah pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga belah lelaki pada 27 November tahun sama.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober 2019.
Terdahulu beberapa hari sebelum AJL berlangsung, neneknya, Allahyarham Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman di Telok Gadong, Klang.
Sementara itu, Kaka menerusi sidang media sejurus AJL35 turut akui dia terpaksa memendam rasa sedih atas pemergian nenek tersayang kerana tidak mahu emosi itu menyebabkan dirinya hilang fokus selain tidak mahu menyusahkan sesiapa atas masalah peribadinya.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku menjelang AJL35. Selain jadual padat, Kaka hilang telefon bimbit. Tiga hari acara berlangsung, nenek pula meninggal dunia.
“Semua kesedihan itu saya sembunyikan seketika. Saya perlu fokus kepada persembahan AJL.
“Ketika arwah nenek meninggal, seharian saya menangis. Tetapi rintihan itu disimpan dahulu. Saya tidak mahu mengecewakan pasukan yang bertungkus-lumus memastikan persembahan lancar,” katanya yang turut mempunyai hubungan rapat bersama arwah
Foto: Instagram Kaka Azraff, TV3 Malaysia, Muzik-Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengumumkan mengenai pertunangannya bersama lelaki warga Sweden, Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah bersyukur kerana ahli keluarga menerima lelaki tersebut dengan hati terbuka.
Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan lelaki berstatus duda anak dua itu sekitar Disember tahun lalu.
Menurut Sharifah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, famili tidak mempunyai sebarang masalah dengan Michael meski jejaka pilihan hatinya itu bukan warga tempatan.
“Sejujurnya, keluarga saya bukan jenis yang rasis dan mereka sangat seronok sebab ada kehadiran orang baru dalam keluarga besar kami.
“Bukan setakat keluarga saya, keluarga bekas suami pun dah jumpa dengan Michael dan tiada perselisihan yang berlaku,” katanya meminta ramai mendoakan yang baik-baik.
Pada masa sama, Sakinah turut menzahirkan rasa gembira apabila anak tunggalnya, Anais Adha juga tidak ada masalah untuk menerima Michael sebagai bapa tiri.
“Anak faham dan berdasarkan caranya, dia boleh terima bapa tiri baru dia. Michael seorang lelaki yang ada sikap kebapaan, jadi Anais mudah mesra dengannya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.
Kini, adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini telah mengikat tali pertunangan bersama Michael pada tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hannah Delisha memohon maaf di atas semua perkara yang telah berlaku.
Meski tidak menyatakan secara khusus, namun ia mungkin dibuat atas hal terkait melibatkan diri serta keluarga baru-baru ini.
Malah, sejak semalam nama bintang asal Singapura ini juga menjadi perhatian apabila ada mendakwa dia dan suaminya, Muhammad Imam Shah didakwa sudah berkahwin tahun lalu gara-gara tersebarnya beberapa foto perkahwinan mereka bersama tetamu dan keluarga di media sosial sebelum ini.
Mengakui dia sama seperti orang lain yang turut mempunyai masalah peribadi, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch bagaimanapun cuba untuk tidak campur aduk hal privasi dan kerjaya.
“Assalamualaikum. Saya ingin memohon maaf di atas pehatian yang tidak dimahukan ketika ini. Ya, seperti kebanyakan anda semua saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf kerana ia telah dikongsikan kepada umum.
“Sejak mula-mula saya terlibat dalam industri ini,tujuan saya adalah sentiasa untuk menghiburkan anda semua dengan kerja saya, bukan kehidupan peribadi.
“Saya cuba sedaya upaya untuk elak daripada gossip kerana saya membawa bersama maruah negara. InsyaAllah saya akan terus kekal berada di landasan tersebut,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan bintang ini menerusi satu status yang dimuat naik melalui Insta Story.
Pelakon berusia 25 tahun itu turut memohon agar semua mendoakan dia dapat mengharungi dugaan ini.
Terdahulu, ibu Hannah Delisha, Noor Ashikin didakwa telah memuat naik hantaran di laman sosial, disertai dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.
Hantaran tersebut menjadi perbualan ramai yang mula membuat spekulasi tentang hubungan mereka berdua, sekali gus membayang seolah-olah ijab kabul dia dan Imam tidak direstui ibunya.
Sementara itu, ibu mentuanya, Mariani Yati, menerusi hantaran di Instagram pula menjelaskan, dia akan terus mendoakan kebahagiaan buat anak dan menantunya itu.
Foto: Instagram Hannah Delisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.