[GAMBAR] Ramai Speku Emma Maembong Sepertinya Bercinta Dengan Abang YB Syed Saddiq…Betul Ke?

Share

Pelakon jelita, Emma Maembong ada berkongsi gambar di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. 

Foto tersebut merakamkan pelakon Tersuka Tanpa Sengaja itu telah meraikan ulang tahun hari jadi seorang jejaka dikenali sebagai Syed Abdullah yang ke-30 tahun bersama ahli keluarganya semalam.

Menariknya, jejaka itu merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq.

Lalu, perkongsian tersebut telah menjadi  tanda tanya ramai di kalangan netizen. 

Apatah lagi aksi mereka yang agak mesra dab sering beberapa kali muncul di mana-mana bersama Emma dan rakan-rakan yang lain.

Serentak dengan itu, ada juga peminat berdoa agar hubungan Emma dan Syed berpanjangan.

Bagaimanapun, kalau nak diikutkan, Emma memang pernah memberitahu dia berkawan baik dengan Syed Saddiq dan abangnya itu.

Malah, perkenalan itu sudah terjalin sejak sekian lamanya. 

Foto : IG Emma Maembong,Syed Abdullah. 

IKLAN