[GAMBAR] Ramai Melting Tatap Foto ‘Super Lawa’ Fazura Pakai Ala Bollywood, Disamakan Dengan Madhuri Dixit!

Share

Beberapa hari lalu, pengasas produk, Puteri Zarith telah pun mengadakan majlis ulang kelahirannya di sebuah hotel terkemuka.

Bertemakan Bollywood, para jemputan masing-masing mengenakan persalinan mengikut tema.

Paling mencuri tumpuan sudah tentunya pasangan sama cantik sama padan, Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang hadir sedondon mengenakan persalinan rona putih krim sarat perincian.

Fazura yang mengenakan busana ilham pereka, Rizman Ruzaini tampil anggun dan menawan.

Malah menerusi beberapa foto yang dikongsi pelakon tersebut, rata-rata netizen memuji kecantikan dan senyuman manis yang diukir Fazura.

Tanpa mengenakan solekan melampau, Fazura tetap mencuri panjang!

Malah pada masa sama, ada juga yang membayangkan gayanya bak ratu Bollywood, Madhuri Dixit.

Apa pun, jom tatap beberapa foto menariknya yang diambil menerusi Instagram Fazura. Lawa sangat!

Foto: Instagram Fazura (foto dari @saufinadzri)

IKLAN