
Tahniah diucapkan buat Puan Sri Normala Samsudin yang telah pun selamat menerima menantu selepas anak perempuannya, Dr Ruhila Roslan selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Majid Nazli hujung minggu lalu.
Selepas sesi ijab kabul berjalan sempurna, pasangan raja sehari diraikan keluarga dan kenalan di Glass House Seputeh.
Keduanya tampak segak dan anggun mengenakan persalinan sedondon putih.
Bekas personaliti televisyen yang juga juri program Ratu Hijabista musim pertama itu turut berkongsikan momen indah pasangan mempelai menerusi akaun Instagram miliknya.
Sama cantik sama padan, semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal berkekalan hingga ke jannah.
Foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Main Tendang Anak Orang What The Heck,” – Video Pihak Berkuasa Didakwa Tendang Penunggang Motosikal, Ini Reaksi Fathia Latiff

Semalam, rapper dan usahawan, Caprice ada memberikan pendapatnya berhubung isu seorang anggota polis yang didakwa bertindak menendang seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
View this post on InstagramA post shared by Caprice (@capriceofficial) on
Video tersebut turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah pelakon, Fathia Latiff.
Menurutnya, anggota berkuasa tersebut tidak sepatutnya melakukan hal yang sedemikian malah menganggap ada yang lebih baik boleh dilakukan.
“Salam. Agak-agak la nak tendang orang. Ambil je no plate motor kan senang.
“Lepastu panggil pergi balai polis. Main tendang anak orang what the heck,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fatiya menerusi ruangan komen posting yang dimuat naik oleh Caprice itu.
Melihat di bahagian komen, rata-rata netizen memberikan respon yang pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh pelakon berusia 32 tahun itu.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan kini sedang dijalankan ke atas anggota itu membabitkan pelanggaran tatatertib.
Anggota polis trafik berkenaan kini diarahkan untuk bertugas di pejabat sementara siasatan dijalankan ke atas dirinya.
Sumber: Harian Metro & Instagram Caprice & Fatiya Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Banyak Bawa Watak Sedih, Tapi Kali Ini Sangat Halus,” – Khatijah Tan Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2002, Khatijah Tan mendedahkan dia melangkahkan kaki ke set penggambaran filem terbaharu lakonannya, Saadiah: Bekal Kasih Merdeka tanpa sebarang persediaan.
Khatijah berkata, dia teruja untuk membawakan watak berkenaan yang dilihat sebagai wanita yang cukup besar jiwanya.
“Saya tak pernah berlakon begini. Saya tidak pernah datang berlakon dengan tangan kosong dan tanpa persediaan.
“Sukar bila kita lakonkan watak ini sebab orang akan bandingkan saya dengan Saadiah yang sebenar. Lebih-lebih lagi mereka yang mengenali Allahyarhamah.
“Jujurnya bila saya dapat skrip daripada pengarah Ellie Suriaty dan saya baca, air mata saya mengalir deras dan menusuk ke jiwa kerana cerita ini sangat besar.
“Saya beritahu Ellie saya tak buat persiapan. Selalunya saya akan bersedia dan buat kajian pada watak saya, tapi kali ini saya datang kosong,” katanya.
Membawakan watak Saadiah pada era 2012, Khatijah mengakui dia melihat lakonannya kali ini satu cabaran besar apabila melakonkan watak sebenar yang sememangnya wujud.
Khatijah menambah, dia juga menyerahkan kepada pengarah supaya membentuk dirinya menjadi Saadiah dan tidak mahu penonton melihat dirinya sebagai Khatijah Tan yang kebiasaannya dilihat di televisyen.
“Saya hargai Ellie, dia ada apa yang pengarah lain tidak ada. Dia pandai gali dan korek apa yang pelakon itu miliki.
“Jujurnya saya banyak bawa watak sedih, tapi kali ini sangat ‘halus’. Saya menjiwai watak seorang wanita yang memiliki rasa cinta mendalam pada suaminya dan perasaan rindu yang sangat indah pada masa sama menyakitkan,” katanya.
Malah kongsi pelakon yang sudah membintangi hampir 50 buah filem dan ratusan drama ini lagi, suaminya sendiri memuji lakonannya selepas menonton babak ketika dia mengayuh basikal.
“Saya sendiri menjayakan babak itu sehingga bulu roma saya naik. Suami susah nak puji, kali ini dia akui yang dilihat bukan Khatijah Tan tetapi Saadiah,” katanya lagi.
Khatijah berkata, pengalaman menjayakan filem itu memberikan sesuatu yang baharu buat dirinya dalam aspek penghayatan watak dan emosi kerana nakshahnya yang menuntut komitmen tinggi daripada semua pihak terlibat.
Saadiah diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis yang berbasikal menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun dek terkenangkan kasih sayang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records milik Datuk Ayu Puteh itu turut dilakonkan oleh Azrel Ismail (Alias) dan Kaka Azraff (Saadiah 1975) dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan sempena sambutan Hari Polis atau Hari Pahlawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lengkap Sepasang, Elfira Loy Hasrat Buat ‘Family Planning’ Untuk Anak Ketiga

Sudah dikurniakan sepasang anak, pelakon Elfira Loy berkata kini sudah tiba masanya buat dia merancang untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata dia mengambil keputusan sedemkian demi memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aira Mikayla terlebih dahulu.
Pelakon berusia 28 tahun itu berkata demikian ketika ditanya pengikutnya di laman Instagram adakah dia merancang dalam mendapatkan cahaya mata sebelum ini.
“Tak pernah merancang pun, tapi selalu doa, dari muda-muda single dulu memang nak satu anak lelaki, satu anak perempuan.
“Lepas tu tak kisah berapa… tapi dah besarkan sendiri, dah tahu susahnya besarkan anak. Sekarang baru nak merancang hehe.
“Alhamdulillah, Allah dah bagi lengkap dah,” tulis Elfira menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram Story.
Menurut Elfira yang kini sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak kedua, ia bukan satu perkara yang mudah untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil tanpa bantuan pembantu rumah.
Malah dia juga berazam untuk bekerja lebih kuat lagi demi kesenangan anak-anaknya.
“Sekarang nak fokus besarkan dua permata hati saya dan nak kerja kuat-kuat.
“Untuk membesarkan dua anak kecil tanpa bantuan pembantu sambil sibuk bekerja tanpa henti adalah bukan satu perkara yang mudah,” tulisnya.
Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aira Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI