Salam takziah buat seisi keluarga pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bapanya, Wan Abu Bakar Sidek telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 7.10 malam, pada Isnin.
Khabar duka tersebut terdahulu dikongsikan pengarah filem, Hashim Rejab di laman sosial Facebook (FB) miliknya.
“Assalamualaikum. Baru menerima perkhabaran bapa kepada Zalif Sidek baru meninggal dunia. Al- fatihah,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, Zalif atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiyudin turut berkongsi di Instagram yang terpapar perkataan Al-fatihah.
Ads
“Papa #keneKuat bersama emoji sedih,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Lewat malam tadi, Zalif memberitahu urusan pengebumian jenazah Allahyarham bapanya akan dijalankan kira-kira jam 10.00 pagi ini.
“Assalamualaikum. Al Fatihah (dibaca) jenazah arwah ayah saya berada di rumah. Urusan pengebumian akan dijalankan pukul 10 pagi di kediaman rumah saya di Bangi Avenue.
Ads
“Dengan keadaan sekarang dan juga SOP, tidak digalakkan melawat cuma mohon untuk solat jenazah ghaib dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah Wan Abu Bakar Sidek bin Wan Abdullah,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan pengikut turut sama merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar Zalif sekeluarga tabah dalam menempuh menempuhi dugaan.
Nama penyanyi dan rapper, Chubb-E mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet selepas memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun lalu.
Tanpa mahu membiarkan dirinya terus dibuli dengan komen dan kritikan yang dilemparkan di media sosial, Chubb-E, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menjelaskan kemenangannya adalah hasil usaha dan kerja keras peminat yang mengundi.
Malah, Chubb-E mengambil pendekatan untuk membiarkan perkara itu sehingga akhirnya suara-suara itu berhenti dengan sendirinya.
Terbaharu, bintang muda ini telah pun melancarkan single duet bersama penyanyi, Amir Masdi menerusi lagu Biru Malam terbitan syarikat rakaman Future Music Entertainment, ciptaan sepenuhnya Chubb-E yang menggambungkan eleman Hip Hop dan Balada Rock.
Menurut Chubb-E, ia adalah ekperimen dalam kerjaya seninya terutama dalam bidang penciptaan lagu selain mengetengahkan gabungan muzik yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.
“Lagu ini adalah ciptaan saya sepenuhnya yang diisiapkan pertengahan September tahun lalu. Lagu ini bercerita mengenai mengenali diri. Kita sebagai manusia kadang tanpa sedar, apa dibuat di dunia ini, sebenarnya ada perkara yang kita tak nak buat pun, tapi kita buat semata-mata untuk mengambil dan menjaga hati orang lain.
“Disebabkan itu saya memilih tajuk Biru Malam yang mana mengenal diri pada waktu malam. Kita manusia kena ada masa untuk mengenal dan mencari diri semula. Tengok apa yang dibuat, apa yang patut dan tak patut kita buat.
“Kalau boleh lakukan sesuatu perkara itu bukan untuk puaskan hati orang itu, tapi untuk gembirakan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dulu barulah fikir orang lain,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan Amir Masdi, Chubb-E berkata, finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) itu adalah pilihan kedua bagi menggantikan penyanyi asal lagu berkenaan.
“Sejujurnya, lagu ini sudah dirakamkan oleh penyanyi lain. Memang niat saya buat lagu ini untuk mereka sebab mereka minta lagu daripada saya. Malah, ketika menghasilkan lagu ini saya berada dalam fasa sedang mengenali diri. Jadi, ilham lagu ini ikhlas dari hati.
“Namun, disebabkan ada beberapa isu yang timbul, jadi saya terfikir untuk menyanyikan sendiri lagu ini. Apabila saya nyanyi, saya boleh buat lebih lagi.
“Kebetulan saya memang merancang satu projek khas dengan Amir. Disebabkan itu, saya menawarkannya untuk berduet dalam lagu ini.
“Saya anggap apa yang terjadi ada hikmah termasuk pemilihan Amir. Pendek kata Amir adalah pilihan tepat. Sudah lama nak mencari ilham lagu baru bersama Amir, tapi tidak ada idea.
“Kiranya, lagu ini adalah rezeki kami berdua untuk berkolaborasi. Apatah lagi ini juga projek eksperimental daripada saya yang mana memang sudah lama nak buat genre Hip Hop dan Balada Rock,” katanya.
Sementara itu, Amir Masdi, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi berkata, dia terlebih dahulu sudah mendengar lagu Biru Malam malah mengetahui ia bakal dinyanyikan penyanyi lain.
“Ketika itu saya memang tahu ini projek khas Chubb-E dan akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. Cuma, perancangan untuk kami berduet sudah lama, tapi belum ada lagu sesuai. Kali pertama saya dengar lagu, saya terus cakap sedap.
“Saya tanya, kenapa tak nyanyikan sendiri. Dalam masa sama, saya ada bergurau kenapa kami tidak berduet saja untuk lagu ini.
“Saya tidak serius pun sebab sudah tahu ia memang dihasilkan untuk penyanyi lain. Malah, ketika proses rakaman dibuat, kebetulan saya ada di studio. Saya dengar dan hayati lagu ini.
“Diakui memang sedap. Itu sebab apabila dapat tawaran lagu ini, saya terus cakap ‘on’ sebab sudah tahu melodi dan lirik.
“Jadi, kami terus tetapkan tarikh rakaman dan buat sedikit perbincangan dari segi gubahan muzik. Sebab nak tambah bunyi dan instrument lain supaya lagu ini lebih menarik untuk didengar,” katanya.
Menurutnya lagi, dia perlu menyeimbangkan cara nyanyiannya memandangkan lagu Biru Malam bergenre Hip Hop dan diterapkan elemen Balada Rock.
“Lagu ini lebih kepada eleman Hip Hop, tapi bukan macam lagu lain yang banyak unsur rap. Lagu ini lebih banyak menyanyi, tapi masih dlm genre itu. Apabila saya ada dalam lagu ini, saya tambah elemen nyanyian dan rock, sebab saya memang genre muzik itu.
“Bukan mudah bagi saya. Malah, untuk bahagian saya agak lama juga proses rakaman dibuat. Mungkin sebab ini kali pertama menyanyikan genre sebegini. Dalam masa sama nak kena kelalkan muzik rock saya, tapi tidak boleh berbunyi kasar. Jadi, agak susah untuk saya.
“Pada mulanya fikir senang, tapi apabila proses rakaman bermula memang susah. Lagi satu, lenggok nyanyian genre Hip Hop adalah berbeza. Disebabkan itu, saya kena seimbangkan cara nyanyian saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin mengakui ada kalanya berasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anaknya.
Jelas Sarah, perkara ini sering terjadi oleh kerana dirinya terlalu sibuk dengan tugas kerjayanya sebagai seorang anak seni serta usahawan yang berjaya.
Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan ini tetap mencari masa untuk meluangkan masa bersama anaknya agar mereka tidak berasa berjauhan dan tersisih dengannya.
“Tanpa ibu dan ayah takkan kemana lah kita, kejayaan seseorang itu adalah berkat doa dari mereka. Ingat, hanya kasih sayang dan doa yang dipinta. Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi olehNya.
“Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba curi masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu.
“Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak. Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur.
“Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan.
“Ibu minta maaf kalau selama ini ibu sibuk dengan kerja. Insha-Allah ibu akan cuba curi masa yang ada untuk bersama kalian semua. Ibu sayang anak-anak ibu,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar informasi, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Okay sekarang what if perempuan yang buat macam tu. Perempuan tepuk punggung lelaki. Tak ramai jawab ‘that’s is sexual harassment.
“Itu dikira sexual harassment juga. Tak kisah kau lelaki/perempuan. Buat dekat perempuan/lelaki, itu adalah sexual harassment. According to my friends, rules dekat tempat office diorang pegang bahu/tangan (without consent) pun tak boleh. Apatah lagi private parts,” tulisnya.
Menerusi sebuah entri yang dikongsiksan di laman Instagram, Hafreez turut mendedah dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika ditempat kerja.
Katanya lagi, perkara tersebut nyata memberikannya rasa kurang selesa dan dia juga menyesal kerana tidak tegas ketika berhadapan situasi tersebut.
“Benda ni pernah jadi dekat pada abe dekat set shooting. Ada satu perempuan suka grab my ass and chest. Mula-mula abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’. Then dia gelak.
“Abe tahu dia gurau sebab dia cakap dia tak suka lelaki pun. The problem was, it’s my body dan abe tak comfortable orang pegang/ tepuk dekat situ.
“Abe pernah cakap ‘janganlah aku tak suka’ but dia buat juga. Sebab pada dia, it was just a joke. My fault juga sebab tak bertegas. Ada satu time tu dia buat masa tengah shooting outdoor. Dekat mall.
“Abe cakap ‘Kau kenapa? Kau nak aku grab kau juga ke? (Which was stupid of me lah. Jangan cakap macam tu okay!”. I said it out of frustration, obviously. Then dia laju cakap ‘tak boleh. Aku perempuan.’ Sambil gelak-gelak,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, pelakon drama Gantung The Series ini juga berharap agar orang ramai dapat mengubah perspektif tersebut dan memandang isu ini secara lebih serius.
“Waktu tu baru Abe sedar betapa double standard nya isu ini pada mata orang. It’s okay untuk perempuan buat. Apparently, it’s just a joke. Tapi lelaki kalau buat, laju sahaja kena bash and bila lelaki cakap isu ini, orang pandang serong.
“Jangan normalise kan benda ni. That ‘it’s okay’ to do that. It’s okay if kedua-dua pihak okay and tak kisah. But if one party tak okay/tak suka, that’s sexual harassment,” akhirnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut berharap agar orang ramai sedar akan permasalahan ini.
Sumber: Instagram Hafreez Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hollywood terkenal, Charlize Theron membuka kisah paling peribadi dan mengerikan dalam hidupnya, apabila berkongsi detik ibunya, Gerda Jacoba Aletta Maritz, menembak dan membunuh...