Tahniah diucapkan buat Puan Sri Normala Samsudin yang telah pun selamat menerima menantu selepas anak perempuannya, Dr Ruhila Roslan selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Majid Nazli hujung minggu lalu.
Selepas sesi ijab kabul berjalan sempurna, pasangan raja sehari diraikan keluarga dan kenalan di Glass House Seputeh.
Keduanya tampak segak dan anggun mengenakan persalinan sedondon putih.
Bekas personaliti televisyen yang juga juri program Ratu Hijabista musim pertama itu turut berkongsikan momen indah pasangan mempelai menerusi akaun Instagram miliknya.
Sebuah filem aksi dari Indonesia, Zeta: When The Dead Awaken, bakal menemui penonton bermula 28 Januari depan secara eksklusif di saluran 480 Astro First dan On Demand.
Filem arahan Amanda Iswan terbitan Swan Studios itu bakal menjanjikan debaran buat peminat filem genre seram dan aksi apabila ia mengisahkan serangan zombi yang berkeliaran seterusnya mengancam keselamatan manusia.
Zeta: When The Dead Awaken ini dibintangi Cut Mini Theo yang mendukung watak sebagai Isma, Jeff Smith (Deon), Dimas Aditya (Reza), Edo Borne (Reyhan) Joshua Pandelaki (Kolonel Vito), Willem Bevers (Richard) dan ramai lagi.
Kekecohan bermula apabila Deon menyaksikan kejadian aneh ketika teman sekolahnya tiba-tiba menggigit leher pekerja sekolah dengan lagak seperti kanibal.
Terkejut atas serangan manusia seakan zombi itu, Deon lantas membawa ibunya yang menderita Alzheimer untuk bersembunyi bersama di sebuah apartemen sekaligus sedar mereka sudah pun terperangkap di dalam apartmen tersebut.
Lalu bermulalah pelbagai konflik serta adegan cemas sepanjang usaha mereka untuk menyelamatkan diri, termasuk cubaan menghubungi pihak luar bagi meminta bantuan.
Sementara itu pengarah filem berkenaan mengakui berdepan pelbagai cabaran bagi menyiapkan naskah berkenaan terutamanya dari segi masa penggambaran.
“Saya rasa aspek yang paling sukar adalah kenyataan bahawa kita harus mengambil sekitar 6-13 adegan setiap hari, kerana kita hanya mempunyai masa syuting yang pendek.
“Dua dari adegan pertempuran diambil pada hari yang sama dalam waktu sekitar 4 jam sahaja (adegan ketika Deon melepaskan gari dan melawan Reyhan; dan kemudian ketika Reyhan melepaskan borgol dan menyerang Reza).
“Tetapi di sebalik semua kesusahan, ini adalah filem pertama yang saya buat dan saya banyak belajar melaluinya,” katanya.
Pada masa sama, Amanda turut menjelaskan pemilihan pelakon dibuat atas kredibiliti pelakon yang dipilih selain keupayaan mereka untuk menggalas watak dengan baik.
“Kami memilih Cut Mini untuk bermain sebagai ibu kerana dia adalah salah seorang pelakon hebat Indonesia, dan kami percaya bahawa dia dapat memainkan ibu yang menderita Alzheimer awal dengan sempurna, walaupun Zeta adalah filem seram pertama yang dilakoninya.
“Jeff Smith (Deon) ialah pelakon yang sedang meningkat dan memiliki banyak potensi, dan juga bersikap baik, di mana dia tidak pernah mengeluh (tentang apa-apa) semasa membuat Zeta. Dimas Aditya (Reza) telah berlakon dalam banyak filem Indonesia dan kami berpendapat keperibadiannya dan pemikiran kritis sangat sesuai dengan watak Reza.
“Untuk Edo Borne (Reyhan), dia juga bertindak sebagai penjahat dalam beberapa filem dan selama proses pemilihan pelakon, kami menyukai cara dia menyampaikan dialog Reyhan, walaupun dalam kehidupan nyata Edo adalah orang yang sangat lucu wataknya.
“Empat pemeran utama adalah pelakon yang sangat baik dan saya juga gemar menonton mereka berimprovisasi semasa proses membaca skrip” katanya.
Amanda turut bertuah kerana bekerjasama dengan karyawan hebat lain di dalam mengarahkan filem zombie pertama Indonesia.
“Bukan hanya genre seram, saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya jika anda merupakan director pertama kali.
“Nasib baik, saya berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia,” katanya.
Amanda bagaimanapun tidak mempunyai jawapan pasti apabila ditanya sama ada mahu mengembangkan filem hebat ini menerusi sebuah sequel lain pada masa depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan dirinya harus menjalani ujian darah pada setiap bulan bagi memantau tahap keradangan di dalam badannya.
Jelas Shafek, keradangan yang dialamainya itu adalah berpunca daripada penyakit Ankylosing Spondilitis yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Katanya lagi, bacaan darahnya ketika ini jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan manusia normal.
“Rutin setiap bulan. Check darah untuk pantau tahap inflamation dalam badan sejak setahun lepas. Hopefully result darah keluar nanti takdelah tinggi sangat radang dalam badan ni.
“Normal people 3-5 je reading dia. Tapi saya around 60-80. Pernah turun tiga kali je ke tahap 35-45. Tapi nak dapat normal bawah 10 memang susah dah akibat Ankylosing Spondilitis ni,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, bekas pengacara Hlive ini turut memberi tahu dirinya harus mengambil ubat tahan sakit bagi mengawal tahap keradangannya itu.
Malah, ada kalanya juga dia hanya membiarkan sahaja rasa sakit tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan.
“Hari-hari telan ubat untuk control radang tu dan ubat tahan sakit je la 5-6 jenis. Kalau radang naik sampai 70-80 memang kena jaga-jaga. Time tu dia boleh attack mata atau tissue badan yang lain. So far sakit belakang memang sentiasa ada.
“Kena selalu physio je la utk kurangkan. Ada kala sakit sangat juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa so hadap je la. Mental kena betul-betul kuat untuk lawan. Semoga Allah SWT gugurkanlah dosa-dosaku. Amin,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Shafek lekas sembuh.
Terdahulu, menurut laporan Harian Metro, ‘Ankylosing spondylitis’ (AS) adalah sejenis artritis yang umumnya memberi kesan kepada tulang belakang. Ia amat menyakitkan dan boleh bertambah buruk sehingga mengakibatkan keradangan pada sendi-sendi tulang belakang.
Sumber: Instagram Karl Shafek & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres cantik, Diana Danielle turut memuat naik fotonya tanpa secalit mekap sebagai tanda sokongan buat rakan artis, Mimi Lana yang turut berkongsi wajah polosnya di Instagram, baru-baru ini.
Bintang filem Hanyut ini mendedahkan, dia turut sama merasai situasi yang dihadapi Mimi Lana.
Malah Diana turut menambah, dia tidak pernah merasakan diri kurang cantik apabila menatap di cermin atau pun ketika keluar dan berjumpa orang lain dengan wajah sedemikian.
“I feel yew @missmimilana. Going without makeup is such a luxury for women nowaday. It’s almost a sin, with friends or family commenting “you look so dead!”.
“Well, this is my “shooting drama” skin. After putting on thick makeup night and day for almost 2 months, my skin is dehydrated, clogged and raw.
“Having some time to allow it to heal is normal. I don’t “feel ugly” when i look at myself in the mirror or if i go out and meet people like this. My eyebags are from years of motherhood and that crazy actor schedule,” tulisnya.
Optimis terhadap perkara tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini juga mengakui ia boleh berubah dengan mendapatkan rehat yang cukup serta mengamalkan rutin penjagaan wajah yang baik.
“Do i hate it? Nope, i know i can improve my skin with enough rest and proper skincare ritual. They always get back to normal.
“Thank you Mimi for showing what Real Skin looks likes,” tulis Diana lagi dalam Bahasa Inggeris.
Meninjau ke ruangan komen, para peminatnya turut meninggalkan pelbagai respon dan kebanyakannya memuji wajah tanpa mekap isteri kepada aktor Farid Kamil ini.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...