[GAMBAR] Penyanyi Lagu Syantik, Siti Badriah Sudah Bernikah, Ini Foto Indah Majlis Kahwinya

Share

Penyanyi yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah atau lebih dikenali sebagai Sibad telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Krisjiana Baharudin pada Khamis.

Krisjiana Baharudin juga merupakan seorang pelakon di Indonesia.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga Sibad di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

Sama cantik sama padan, pasangan mempelai itu dilihat mengenakan persalinan polos putih mengikut adat Sunda.

Berikut foto sekitar sepanjang majlis berlangsung.

Terdahulu, pasangan ini berkenalan menerusi sebuah program televisyen dan awal tahun ini, Krisjiana telah melamar Sibad. Keduanya bakal mengadakan majlis resepsi hari ini, 27 Julai 2019.

Foto: Instagram Siti Badriah

IKLAN