Pelakon dan ushawan, Puteri Sarah Liyana ki bertambah bahagia dengan kehadiran anak keduanya, pada 16 Mac yang lalu.
Puteri comel yang diberi nama sebagai Sumayyah Mohd Shamsul itu turut menjadi penyeri buat dirinya bersama suami, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini.
Pada masa sama, adik perempuan kepada Syaikhul Islam Mohd Shamsul kini sudah pun mencecah usia lebih 3 bulan dan tidak dinafikan, raut wajahnya dikatakan lebih punya iras si bapa berbanding ibu.
Bagaimanapun, hujung bulan lalu, Sarah ada berkongsi foto yang membandingkan Sumayyah dan dirinya ketika masih kecil dan hakikatnya, keduanya memang nampak seiras!
Jadi apabila tatap gambar bayi comel ini, agaknya wajah Sumayyah lebih kepada ibu atau bapanya?
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah, 3 bulan.
Foto: Instgaram Puteri Sarah Liayana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kali terakhir muncul dengan single berjudul Raja tahun lalu, Stacy kini kembali dengan single terbaru, Khayal.
Lagu bergenre pop EDM dari bintang berusia 29 tahun ini ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin.
Meskipun Khayal masih berpaksikan muzik pop dansa, namun lagu ini tetap membawakan kelainan dari sudut susunan muzik yang disuntik elemen ‘trap music’ dan alunan melodi ‘EDM synth’ memberikan bunyi unik kepada lagu ini.
Malah, foto promosi yang turut dikongsikan Stacy di media sosialnya juga ‘memancing’ mata ramai.
Lirik Khayal dinukilkan Stacy bersama nama penanya, Bunga Cantik. Lirik yang mengambil inspirasi daripada kisah dirinya sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala waktu dirinya sukar melelapkan mata di waktu malam.
“Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.
Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘escapism’ untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan,” katanya.
Terdahulu, isteri kepada penyanyi terkenal Akim Ahmad ini juga sejak kebelakangan ini seringkali menggunakan tanda pagar #SampaiKeBulan dalam hantarannya di sosial media.
“Dalam lirik Khayal ini saya ada menulis tentang ‘biar cinta sampai ke bulan’. Sebenarnya saya tulis khas bait lirik ini untuk menggambarkan betapa besarnya cinta kepada keluarga kecil saya.
“Serta betapa utuhnya ikatan kami sekeluarga yang akan tetap selalu menjalani kehidupan bersama walau susah atau senang,” jelas bintang asal Sabah ini.
Untuk rekod, Khayal merupakan lirik kedua tulisan Stacy selepas mencuri perhatian sebagai penulis lirik menerusi lagu hit Rampas yang dipopularkan kumpulan Akim & The Majistret.
Pertama kali menyampaikan sendiri karya ciptaan dan tulisannya, Stacy menyifatkan lagu berkenaan sebagai karya paling istimewa buat dirinya.
“Saya amat berterima kasih kepada suami saya iaitu Akim @ Hang Nadim kerana selalu memberi dorongan dan sokongan dalam menghasilkan sesebuah lagu dan menjadi mentor untuk saya dalam berkarya.
“Akim sentiasa berkongsi ilmu supaya saya lebih faham tentang cara penghasilan sebuah lagu dan sekaligus menggunakan pengalaman 11 tahun saya dalam karier seni bagi menghasilkan single ini,” ujarnya.
Stacy terlebih dahulu dicungkil ketika mengikuti program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 pada tahun 2008.
Sempena pelancaran single terbaru Stacy ini juga, penyanyi ini turut menawarkan peluang buat peminat untuk memenangi sebuah telefon bimbit terbaru Samsung S10 dengan mengstrim lagu Khayal di Spotify.
Peminat hanya perlu merakam video mereka sedang mengstrim lagu Khayal di Spotify dan kongsi video tersebut menerusi Instagram Story mereka dan tag Stacy serta Nova Music. Tarikh tutup peraduan pada 9 Ogos depan.
Khayal akan dilancarkan sepenuhnya di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula esok, 12 Julai 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama Silang yang mengetengahkan kisah pemuda disleksia lakonan Emma Maembong dan Nazim Othman menerima pujian netizen kerana memaparkan realiti hidup yang jarang diketengahkan.
Namun menjengah di Instagram Sheila Rusly, ada pengguna media sosial yang mengkritik hasil penerbit popular ini.
Ada yang mendakwa, terdapat fakta yang ditonjolkan tidak benar.
“Anak disleksia tak gagap. Dan anak disleksia takde lah smpai ade masalah memori. Agak agak lah sis nak create awareness pada disleksia pun.
“Sakit hati pulak tengok cerita ni bila faktanya tak amek betul betul tapi hanya amek secara ringan je. Betulkan sikit ye lepasni nak buat cerita anak anak oku pun,” tulis individu berkenaan.
Namun, pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ini pula membalas reaksi, dia telah melakukan kajian dan tidak pernah menerbitkan drama ‘syok sendiri’.
“@kekasih.by.themelvinsawak ingat dyslexic ada 1 sintom jer. Kami jugak buat research. Nak komen pun jaga lah adap. Awak ingat saya buat cerita syok sendiri ke? Tak suka jgn tengok abaikan atau buat drama version awak saya pulak nak tengok😅Boleh?” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen cukup terkesan dengan penyampaian Silang yang disifatkan cukup menyentuh hati, apatah lagi mereka sendiri punya anak disleksia.
Foto : Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena menerusi drama Khianat Yang Terpilih, nama pelakon Ikmal Amry kini kian disebut antara hero berbakat besar dan seharusnya diberikan peranan yang lebih mencabar selepas ini.