Meskipun perkahwinannya sudah pun hampir mencecah seminggu, namun aura dan pesona perkahwinan pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar masuh menjadi buat mulut ramai.
Masakan tidak, dari awal perkenalan hinggalah kepada saat disatukan, keduanya mempunyai pendirian untuk tidak terlalu berkongsi, sampailah sudah bergelar suami isteri yang sah.
Apapun, jom throwback kembali beberapa keping foto melibatkan perkahwinan selebriti yang satu ini. Memang lawa kan?
Kecoh di Twitter apabila Nabila Huda naik hantu gara-gara komen seorang netizen yang menggunakan akaun Aliaaaaa, yabg difahamkan tidak berpuas hati dengan servis kedai makan Waroeng Isabella miliknya.
Menurut Alia, pengalamannya di kedai makan pelakon terkenal itu sebagai hambar.
Lebih mengecewakan, dia juga dikatakan terpaksa menunggu selama dua jam hanya untuk menikmati ikan gurame.
Menjawab komen berkenaan yang disifatkan tidak profesional, Nabila menjelaskan satu persatu proses yang perlu dilalui sebelum hidangan sampai ke meja.
Antara lain, pengguna Twitter itu juga sampai membandingkannya dengan jenama makanan lain.
Namun, meski penjelasan sudah diberikan, netizen turut memberikan komen yang pelbagai terhadap pelakon filem Tombiruo itu.
Malah ada juga komen yang menganggap Nabila seharusnya memohon maaf.
Bagi MH, pelanggan memang mempunyai hak bagaimanapun diharap penjelasan yang diberikan boleh menjernihkan situasi.
Kredit foto – Twitter Nabila Huda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular sepotong rakaman video di laman Twitter apabila seorang individu mendakwa diserang di sebuah farmasi kecantikan di pusat membeli belah di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika individu tersebut sedang bekerja dan kemudiannya, dia ditarik keluar premis lalu diserang sebelum si mangsa dimarahi.
Memetik perkongsian yang dimuat naik pengguna Twitter, video berdurasi sekitar 1 minit itu sudah ditonton ribuan kali.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mesej peribadi seorang pengguna media sosial yang diberikan kepadanya berkaitan isu anak angkat.
Kongsi teks seperti yang dimuat naik penyanyi Abang Nak Tegur itu, ia antara lain berkongsi mengenai pengalamannya di dalam menjaga anak angkat, serta tuntutan oleh ibu bapa anak kandung anak angkat yang diambil.
Lalu menerusi ruangan kapsyen, Aliff berkata jika hal tersebut diketahui awal, dia tidak mahu mengambil anak angkat.
“Kalau tau macam ni tak nak aku ambil anak anak ini. Banyak modal dah habis. Siapa tak faham lagi sila baca.
“Benda yang sama berlaku pada saya,” tulisnya.
Lalu, keluhan tersebut menerima pelbagai komen dari netizen termasuk rakan selebriti, Abby Abadi yang sebelum ini cukup aktif membantu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat.
Kata pelakon Gerak Khas itu, ibu bapa kandung tidak mudah untuk menuntut kembali anak mereka, kecuali atas sebab-sebab tertentu.
“Tak semudah itu nak tuntut tanpa sebab. Kecuali berlaku kes-kes yang membuatkan bayi teranaiya atau apa-apa isu berbangkit, baru si ibu boleh menang.
“Ingat hakim tak tanya ke kenapa bagi? Apa pun, kalau ada dokumen, kena fight di mahkamah,” komennya.
Terdahulu, isu mengenai tuntutan kembali anak angkat Aliff Syukri mulai timbul apabila ada pihak yang menganggap salah seorang anak angkatnya, Qayyum tidak dijaga dengan baik.
Perkara tersebut dinafikan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Malah, difahamkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki itu juga dikatakan mahu mengambil seterusnya menjaga kembali anaknya.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.