[GAMBAR] Mawar Rashid Rakam Wajah Anak Berusia 19 Hari, Raden Memang Murah Dengan Senyuman

Share

Meski usianya baru cecah 19 hari, namun cahaya mata Mawar Rashid, Raden Muhammad Rafael sentiasa murah dengan senyuman.

Lihat sahaja telatah bayi seberat 3.4kg itu tatkala Mawar merakam video dan gambarnya, pasti si comel itu akan tersenyum manja.

Lalu,netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi comel Raden.

Malah, ada yang berasa ‘geram’ dengan si comel itu.

Alahai, bijak sungguh Raden ni kan? Acap kali bergambar, pasti senyuman tak lekang di wajah.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017.

Foto/Video : Instagram Mawar Rashid

IKLAN