[GAMBAR] “Macam Sama Tapi Bukan Dia,” -Individu Ini Dikatakan Seperti ‘Kembar’ King Koko, Sama Ke Masalahnya?

Share

Namanya mula dikenali ramai apabila dia bercakap Melayu dengan dan slang Bahasa Inggeris yang dianggap ‘over’ sesetengah netizen.

Lalu, slang percakapannya itu dijadikan ‘bahan’ dan parodi netizen kerana mereka menyangka ia seperti dibuat-buat.

Dia yang dimaksudkan adalah King Koko atau nama sebenarnya Mashaira Ismail, bintang Insta yang sensasi dan popular dengan kisah peribadinya. 

Akan tetapi kali ini, apa yang ingin MH kongsikan ialah, ada gadis ini yang dikatakan ada iras-iras King Koko.

Dikenali dengan nama Farah Lola, individu ini dilihat persis Koko selain mempunyai banyak persamaan dari segi wajah.

Misalnya pada bahagian mata, bentuk muka dan hidung.

 Pada masa sama, Farah juga aktif merakam video dan memuat naik di Instagrammya. 

Susulan itu, para pengikutnya turut bersetuju dengan  videonya itu bahawa Farah dan King Koko mempunyai banyak persamaan. 

Jadi tidak hairanlah kalau mereka ini ada banyak persamaan. Bak kata orang-orang tua, wajah kita di bumi ini ada tujuh orang. Tak gitu?

Foto/Video: IG Farah Lola/King Koko

IKLAN