(GAMBAR) ‘Bidadari & Dipuji Kecantikannya’. Ini Foto Indah Sambutan Baby Shower Che Puan Juliana Evans

Share

Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Che Puan Juliana Evans diraikan dengan sambutan baby shower dengan persalinan serba putih.

Kini sarat hamil lapan bulan, Che Puan Juliana atau lebih mesra disapa Jue ada berkongsi gambar sekitar majlis di laman Instagram.

Majlis turut dihadiri rakan artis seperti Nadia Brian dan Liyana Jasmay.

“Our baby shower yesterday was perfect.”

Lalu, rata-ratanya memuji penampilan bintang kacukan ini yang tampak berseri-seri.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Foto : Instagram Juliana Evans

IKLAN