Penyanyi dan baru saja menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5), Safura Ya’cob mengundang rasa sebak dan pilu di kalangan peminat apabila memuat naik foto mencium arwah anak, Nur Aisyah Maryam.
Bintang yang sinonim menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik foto pilu berkenaan menerusi Instagram miliknya, dua hari lalu.
Difahamkan, anak perempuannya itu meninggal dunia pada September 2011 lalu akibat mengalami demam berpanjangan.
Menerusi ruangan kapsyen, Safura menitipkan rasa rindu dan pilu atas sebuah kehilangan.
“Ciuman terakhir. Entah kapan aku akan bertemu anak syurgaku ini. Ya Allah rindu yang tidak tertanggung saat ini. Walaupun sudah 7 tahun meninggalkan kami.
“Segala cinta dan sayang kau bawa bersama. Pilu sebuah kehilangan, Nur Aisyah Maryam,” nukil Safura.
Safura turut mempunyai seorang anak bersama pelakon Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus dan menerusi hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.
WOW SAFURA!!!! MH berada di Singapura now ok. Ada event ramah mesra peserta GV yang dibawakan oleh SingtelTV dengan kerjasama Astro. Gerek seh!
Beberapa hari lalu,kecoh mengenai kesan sampingan penggunaan serbuk arang gigi dan pengambilan jamu dalam bentuk kapsul.
Perkara tersebut telah diutarakan Dr Amalina dan doktor-doktor pakar yang lain mengenai kesan produk tersebut.
Terbaru, timbul pula perkara mengenai pengambilan ubat tinggi.
Hal ini kerana doktor selebriti itu sering berkongsi gambar dengan teman lelakinya, namun gambar tersebut mendapat perhatian apabila saiz ketinggian mereka berdua yang sangat ketara.
Penyanyi Zarul Umbrella ada memuat naik gambar mengenang kembali kisahnya sewaktu pertama kali bergelar pramugara Malaysia Airline pada tahun 2002.
Berkongsi di laman Instagram, entri tersebut memaparkan Zarul memakai seragam pramugara dan sedang bergambar bersama seniornya di dalam kapal Boeing 737-400.
“Throwback 2002. Masa ni saya masih baru setahun jagung dalam airline, sebelah tu senior saya and shes still flying with MAS, masa ni kami dalam kapal Boeing 737-400, sekarang MAS dah tak pakai kapal ni lagi dah, skrg pakai 737-800.
“Kapal ni tak banyak beza cuma lebih panjang sedikit dr yg dulu. Oh kalau ada yg tanya knp berbeza uniform saya dulu dgn yg sekarang? Ye ini uniform lama since saya join Jan 2000 saya pakai sampai lah ditukar kpd yg sekarang ni xsilap tahun 2012/2013.
“Funfact Kebaya MAS ni direka oleh Kajian Seni Reka Fashion ITM pada tahun 1986 dan tahun 1993 diubah warna nya dari brown kpd warna sekarang – siapa pernah jadi penumpang saya sila? katanya.
Dalam pada itu, Zarul turut berkongsi beberapa info mengenai tugasnya sebagai pramugara sewaktu berkhidmat bersama MAS.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zarul yang kelihatan kekal tampan dan seakan tidak dimamah usia walaupun telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun.
Terdahulu, Zarul memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai pramugara untuk kembali aktif dalam bidang nyanyi dan seterusnya menyertai program nyanyian Gergar Vaganza musi Ke-2.
Foto: Instagram Zarul Umbrella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.