
Pelakon Ezlisa Loy sekali lagi mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi beberapa foto indah dari majlis resepsinya bersama suami tersayang, Hafiz Azizi, baru-baru ini.
Pasangan mempelai tampil sedondon dalam persalinan songket biru cair dan kelihatan sama-sama ceria serta gembira meraikan fasa baharu dalam kehidupan rumah tangga mereka, selepas selamat diijabkabulkan pada 29 Jun lalu.
“Kita mungkin ada bertelingkah kadang-kadang, tapi bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing!
“Tak boleh hidup tanpa satu sama lain,” tulis Ezlisa dalam salah satu hantaran di Instagram, yang turut memaparkan momen penuh makna sepanjang majlis tersebut yang turut disertakan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada rakan selebriti dan para peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa agar pasangan ini terus dilimpahi kebahagiaan.
![[GAMBAR] “Kita Mungkin Ada Bertelingkah Kadang-Kadang, Tapi…,” - Sedondon Berbaju Songket, Ezlisa Loy Kongsi Momen Indah Resepsi 5 [GAMBAR] “Kita Mungkin Ada Bertelingkah Kadang-Kadang, Tapi…,” – Sedondon Berbaju Songket, Ezlisa Loy Kongsi Momen Indah Resepsi](https://cdn.mediahiburan.my/2025/07/IMG_1953.jpeg.webp)
View this post on Instagram
Majlis Nikah Penuh Eksklusif Di ISTAC
Terdahulu, Ezlisa dan Hafiz selamat bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), UIAM, Kuala Lumpur, yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.
Pada majlis akad nikah tersebut, Ezlisa memilih busana pengantin putih yang anggun, manakala suasana turut diserikan dengan nyanyian istimewa daripada penyanyi terkenal, Aina Abdul.
Sementara mas kahwin bernilai RM300 menjadi simbolik penyatuan cinta pasangan ini yang kini melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh syukur dan harapan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
@mediahiburanofficial Tahniah diucapkan kepada pelakon Ezlisa Loy yang juga adik kepada Elfira Loy, yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung indah pada 29 Jun lalu, di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




