[GAMBAR] “Kami Berdiri Di Atas Bumi Yang Bergoncang Menelan Lebih 10,000 Umat. Allahuakbar!,” – Nadzmi Adhwa

Share

Pelakon Nadzmi Adhwa dan rakan baiknya Ardell Arayana ada menyertai misi bersama pasukan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia yang berakhir semalam bagi membantu penduduk sekitar  Sigi dan Donggala, Indonesia yang sedang ditimpa musibah banjir besar dan banjir lumpur.

Malah, dua sekawan itu sering berkongsi aktviti mereka sepanjang berada di sana.

“Salam Jumaat. Kami berdiri di atas bumi yang bergoncang menelan lebih 10 000 umat manusia. Allahuakbar!

“Hadis Shahih – “ Menjelang tibanya hari Kiamat akan ada (orang – orang) yang dirubah bentuknya , DITENGGELAMKAN DI DALAM BUMI dan dilempari batu ” (HR. Ibnu Majah , Shahih ).

“Di bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita kembali pada Allah, Perbanyak taubat , jauhi maksiat dan kembali ke majlis ilmu. Insyaallah,” tulisnya pada satu entri foto terkininya di Instagram.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

 

IKLAN