[GAMBAR] “Kalau Penat Sangat Boleh Masuk Tidur, Terus Buat Air Liur Basi,” – Comelnya! Tema Baju Tidur, Anzalna Kongsi Foto Ulang Tahun Anak Buah

Share

Awal semalam, pelakon cantik Anzalna Nasir ada berkongsi foto sekitar majlis ulang tahun kedua anak buahnya iaitu pasangan kembar viral, Anggun Darleena dan Anggun Darleesa di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sambutan yang turut disambut oleh seluruh ahli keluarganya itu tampak comel dan meriah kerana masing-masing mengenakan baju tidur (pyjamas) sebagai tema sambutan.

Malah kerana temanya yang ringkas itu, bekas peserta Dewi Remaja 2010 ini turut mengakui tema kali ini paling sempoi, sampai boleh terus tidur kalau penat!

“Tema birthday @the_angguns tahun ni paling sempoi! Tak payah fikir makeup dan tak perlu pening fikir baju. Sarung pyjamas je!

“Kalau penat sangat boleh masuk tido terus buat air liur basi. Kalau hebat, cari la i,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #MukaSama #MasihMencariDiriSendiri #Kembar5 #AnggunsTurn2@hafizbaharuddin17.

Serentak dengan perkongsian foto tersebut, para peminatnya turut berdoa selain memberi ucapan dedikasi hari jadi buat pasangan kembar berkenaan.

Foto: Instagram Anzalna

IKLAN