[GAMBAR] Janna Nick Tanya Fasal Fesyennya Di AME2019, Ini Reaksi Peminat, Termasuk Selebriti!

Share

Pelakon Janna Nick yang tampil menerusi persalinan gaun hitam metalik di Anugerah MeleTop 2019 (AME2019) nyata mencuri perhatian ramai.

Semuanya gara-gara penampilan bintang Leftenan Zana yang jarang mengenakan persalinan gaun berperincian saat hadir ke majlis anugerah.

Lalu, menerusi Instagram awal malam tadi, bintang cantik itu sekali lagi berkongsi beberapa keping foto ootdnya pada malam AME2019 lalu.

“TAKTAU NAK POST YANG MANA!!!!nah hambek hang semua!!!! which one is your favourite ???,” tulisnya ringkas sambil memberi kredit.

Lalu, kesempatan yang diberi Janna membolehkan para peminat memberikan pandangan, termasuk selebriti.

Bagaimanapun, ada juga di antara mereka yang kurang setuju dengan penampilan Janna pada malam itu kerana mendedahkan bahagian betisnya.

Apapun, ia hanyalah pandangan masing-masing kan? Yang penting memang kebanyakan selebriti mengenakan persalinan  yang wow pada malam AME2019 tempoh hari. Sesuai dengan tema Glam.

Foto: Instagram Janna Nick

IKLAN