Kalau sebelum ini kami ada menyiarkan foto terkini herion telenovela Rosalinda yang pernah dekat dengan pencinta drama di negara ini, jom ikuti pula gambar heronya, Fernando Jose.
Satu nama yang memang ‘melekat’ di minda, pemilik nama lengkap Fernando Enrique Carrillo Roselli ini sudah pun berusia 48 tahun.
Namun apa yang nyatanya, dia masih tampak kacak dan miliki tubuh kekar, tak ubah saat drama tersebut ditayangkan di negara ini hampir 20 tahun lalu.
Tak percaya? Ini dia antara foto terkininya!
Foto: Instagram Fernando Carrilo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain senarai pemenang yang diraikan, pelbagai momen menarik yang berlaku menerusi Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).
Nak tahu apa? Jom ikuti 10 corat-coret yang sempat dirakam lensa MH.
Penampilan pertama Syatilla Melvin di majlis berskala besar selepas mengumumkan dirinya sedang mengandung anak kedua mencuri perhatian ramai. Tilla hadir bagi menemani suaminya, Shaheizy Sam yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Pinjamkan Hatiku.
Dewan yang tiba-tiba gelap nyata menggamatkan sebelum Marsha dan Qody membuat persembahan untuk lagu runut filem seram, Tujuh.
Bukan hanya mendapat standing ovation dari penonton, Normah Damanhuri yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem turut disokong dengan sorakan anak-anaknya yang turut hadir. Memang sporting keluarga ni kan?
Elemen persembahan silap mata memang mencuri tumpuan dan lain dari lain. Malah, game yang turut disertai Izara dan Datin Diana Danielle memang best!
Gandingan Syuk dan Elly Mazlien memang menjadi apabila masing-masing buat lawak yang tak kering gusi. Konsep Papa dan Mama tu memang menjadilah!
Statment ibu Fauziah Nawi saat menjulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama iaitu- “Dah sunyi 26 tahun hidup sorang tapi i tak kan ambil suami siapa-siapa pun!” Memang mendapat tepukan gemuruh.
Rakan penyampai Izzue Islam, Sherry AlHadad memang awal-awal dah bagi punch-line apabila mengatakan ada yang samakan dress yang dipakainya tak ubah macam patung Statue of Liberty, tinggal pegang obor saja. Sama tak sama korang?
Seperti diduga, Datin Seri Umie Aida menjadi pemenang Pelakon Wanita Terbaik filem di ASK tahun ini, sekali gus mendapat standing ovation daripada penonton!
Ucapan Nad Zainal yang sebak memberi emosi tersendiri. Lebih manis, trofi Pelakon Wanita Terbaik turut disampaikan rakan baiknya, Sherry AlHadad.
Lelaki pengiring di ASK tahun ini yang menjadi ‘bahan’ Sherry kerana memiliki raut wajah yang ‘sharp’ ialah model dan pelakon baru meningkat naik, Ashraf Dasley.
Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu mana yang tidak teruja melihat anaknya yang kini semakin membesar dengan gelagat dan telatah comelnya itu.
Begitulah perasaan yang dialami pelakon Shima Anuar apabila dia memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen gembira.
“Happy 11 months baby mommy @mariansophia12 ..
Where is my baby yg sebesar botol air mineral spritzer tu..?? She is a big girl now! 1 month to go to 1 year old. I didn’t prepare anything yet for you. Because urmmm entahhh.. I tak nak u besar.
Nanti dah besar dah kawin, u tinggal mommy.(laahhhhh anak baru nak masuk setahun, tp dah jauh fikir hahahaha! )
But 1 thing for sure, today mommy nak buat ur bank account. Simpan duit for you. For your better future. Hang pi belajaq tempat elok2, nanti besaq gheja elok2, boleh bawak mommy travel, belikan mommy handbags and shoes.
Daddy tak payah, dia dah banyak duit. ? So yeah, that is my plan. Sila baca ni bila dah besar nanti kay..? (Because mommy akan claim betul2 nanti ) Love you baby girl!,”tulis Shima.
Susulan itu, netizen turut memberikan komen yang pelbagai mengenai gambar tersebut.
Shima dan suami, Mohd Solih Toha, telah mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang anak, Marian Sophia yang kini berusia 11 bulan.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.