Juara Hero Over 2016 lalu, Cef Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli mengakui sebelum terjun ke dunia glamor, dia merupakan seorang pemalu dan sedikit demi sedikit, dia cuba mengikis perasaan tersebut, lebih-lebih lagi ketika menjadi hos untuk sesebuah program masakan.

Kian dikenali, jom ikuti apa trivia menarik mengenai cef selebriti ini!

[Gambar] Ingat Lagi Kat Juara Hero Oven 2016 Lalu? Ini Trivia Best Fasal Chef Naem & Perkembangan Terbarunya!

Mengimbas kembali saat awalnya mahu hadiri ujibakat Hero Oven lalu, Naem memberitahu MH, pada peringkat awal dia tidak pernah ada niat untuk hadir ke mana-mana uji bakat pencarian pengacara sifat malu yang cukup menebal. Bagaimanapun, dorongan keluarga dan rakan-rakan membuatnya berani untuk hadiri uji bakat. Yang penting, dia siap bawa orang tua untuk temaninya okay!

[Gambar] Ingat Lagi Kat Juara Hero Oven 2016 Lalu? Ini Trivia Best Fasal Chef Naem & Perkembangan Terbarunya!

Hos Dapur Pans ini juga tidak menafikan, sejak terlibat dalam seni hiburan secara langsung, dia berpeluang bertemu ramai orang daripada pelbagai latar kerjaya yang sekali gus membuka mindanya dengan lebih luas.

IKLAN

[Gambar] Ingat Lagi Kat Juara Hero Oven 2016 Lalu? Ini Trivia Best Fasal Chef Naem & Perkembangan Terbarunya!

Anak jati Gombak, Kuala Lumpur ini juga nekad meninggalkan kerjayanya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota selama lapan tahun bagi meneruskan kerjaya di sebagai cef selebriti, meski terpaksa berhadapan dengan pasang surut dalam kerjaya barunya itu.

[Gambar] Ingat Lagi Kat Juara Hero Oven 2016 Lalu? Ini Trivia Best Fasal Chef Naem & Perkembangan Terbarunya!

Berkongsi mengenai minat seni lainnya pula, pemuda berusia 27 tahun ini juga akui turut meminati aktiviti lasak. Jadi, dia pasang impian andai selepas ini dia dapat melebarkan sayap dalam dunia pengacaraan berbentuk travelog demi bagi mengutip pengalaman baru. Khabarnya juga, Naem turut berminat untuk menceburi dunia lakonan!

IKLAN

[Gambar] Ingat Lagi Kat Juara Hero Oven 2016 Lalu? Ini Trivia Best Fasal Chef Naem & Perkembangan Terbarunya!

Sementara itu, Naem pada masa sama mahu mendidik masyarakat bahawa tukang masak juga turut punya potensi untuk melakukan pelbagai perkara, tidak hanya pakar di balik dapur semata-mata. Cef juga turut terdedah dengan perkembangan lain, termasuk soal penampilan diri.

[Gambar] Ingat Lagi Kat Juara Hero Oven 2016 Lalu? Ini Trivia Best Fasal Chef Naem & Perkembangan Terbarunya!

Terkini, Naem kini sibuk menjalani penggambaran rancangan masakan, Dapur Ramadan untuk siaran HyppTV. Program 22 episod itu akan bersiaran pada bulan puasa nanti. Kalau siapa yang nak tengok cef Naem ni di dapur, jangan lupa tune in untuk Dapur Ramadan okay!

IKLAN

Foto: Instagram Chef Naem

https://www.youtube.com/watch?v=yo2aDKJP5fw

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI