[GAMBAR] “I Love You, That’s All,”- Rupa-Rupanya, Maskhan Tengah Sakan Bercinta Dengan Salah Seorang Finalis Dewi Remaja 18/19!

Share

Pelakon, Mas Khan sering memuat naik foto bersama teman wanitanya Fazreen Fazeera yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 2018/2019 di laman Instagramnya.

Rupa-rupanya dalam sibuk menyertai pertandingan itu, si cantik manis berkenaan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon baru sedang meningkat naik.

Terbaru, Maskhan yang membawakan watak Inspektor Kamal dalam siri Gerak Khas juga mempunyai harapan untuk tahun 2019 bersama teman wanitanya itu.

“Going to end and start a new year with my one and only babygirl. I love you that’s all,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen kelihatan ramai yang memuji pasangan sama cantik sama padan itu dan mendoakan agar mereka cepat melangsungkan perkahwinan.

Alahai, ‘sweet couple’! Apa-apapun, MH ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Fazreen di dalam Dewi Remaja.

Semoga lepas selesai Dewi Remaja, Fazreen pun boleh jadi pelakon popular macam kekasihnya tu…

IKLAN