Pelakon, Nad Zainal manafikan dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya sudah mula riak selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018.
Berkongsi di laman Instagram, Nad memberi tahu, orang ramai telah menyalah anggap dengan ekpresi mukanya yang dikatakan selalu ketat dan sombong.
“Siapalah kita nak berlagak. Mati esok dalam tanah jua. To all yang rasa I macam kekwat tu, mintak ampun. Thank you for loving tonah.
“Tak best tau kalau orang salah anggap. Sejak ada anak ni, naik seram bila orang salah anggap. Nak buat muka nampak sweet 24 jam boleh tak. Problem muka ketat,” tulisnya.
Tambah pelakon drama Fatonah Azali itu, sejak mempunyai anak, dia berasa sangat fobia sekiranya ada orang yang menyalah anggap mengenai dirinya.
Di ruangan komen, rata-rata peminat meminta Nad supaya tidak menghiraukan tanggapan negatif segelintir pihak mengenai dirinya.
Bagi MH, ini adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan selebriti selepas memenangi sesebuah anugerah. Semoga Nad tidak patah semangat untuk terus berkarya dan seterusnya memenangi lebih banyak anugerah pada masa akan datang.
Foto: Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peserta Gegar Vaganza 5, Zamani mendedahkan ada menggunakan khidmat rawatan alternatif untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang dihadapinya sepanjang menyertai program nyanyian tersebut.
Menurut Zamani, pihak keluarganya ada berjumpa dengan seorang ustaz untuk mendapatkan penawar. Bagaimanapun, rawatan tersebut hanyalah dijalankan dari jarak jauh.
“Keluarga saya merasakan ada sesuatu yang terjadi kepada saya. Kemudian mereka ada berjumpa dengan seorang ustaz tetapi saya tidak perlu ke sana kerana rawatan batin dilakukan dari jarak jauh.
“Saya sendiri tidak tahu hasilnya bagaimana, mungkin ketika ini masih di dalam proses. Saya hanya diberikan air penawar dan rawatan masih lagi diteruskan,” katanya kepada MH
Langsung ditanya adakah Zamani percaya dirinya itu ada menerima gangguan mistik, ini respon yang diberikan oleh finalist GV5 itu;
“Saya tak berani nak katakan ini adalah gangguan mistik. Tetapi saya hairan pada hari tersebut suara saya terus hilang sedangkan saya tidak pun demam.
“Namun, suara saya kembali semula sebaik sahaja tamat konsert pada malam tersebut,” ujarnya.
Terdahulu, Zamani berjaya melayakkan diri ke konsert akhir GV5 dan akan berduet bersama, Ameng Spring membawakan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta serta Bunga daripada Altimet.
Barisan penyanyi yang sudah pun melayakkan diri ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) sudah pun diketahui awal malam tadi dan pastinya, keputusan yang dilakukan juri tetap, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama juri jemputan, Datuk Yusof Haslam mendapat reaksi pelbagai netizen.
Apa pun, seperti minggu sebelumnya ada sahaja adegan menarik yang berlangsung sepanjang program, lebih-lebih lagi pada minggu semi final ini apabila setiap pesertanya diberi tugasan menyampaikan dua buah lagu.
Dari A sampai Z, jom ikuti antara corat-coret menarik GV5 peringkat semi final yang sempat dirakam lensa MH.
Tampil dengan gaun potongan mermaid roma ungu gelap, penampilan Jihan Muse tampak elegan, hasil solekan Deq Sha. Bagaimanapun Nabil di awal rancangan sempat mengusik rakan hosnya itu saling tak tumpah seperti Elly Mazlein. Jihan secara spontan pula memberi reaksi ala-ala Kak Lina. “Joanjhiii?,” katanya!
Penampilan pertama kumpulan Forteen yang menyampaikan lagu Potret dari Akim dan Majistret dengan imej ganas lengkap dengan efel solekan seperti kena tetak, kata sesetengah penonton.
Dia Fadila pula lebih selesa menyanyi dengan berkaki ayam menerusi persembahan pertamanya. Memang letop!
Amelina yang mengembalikan nostalgia Bollywood apabila mendendangkan lagu Kuch Kuch Hota Hai mencipta kelainan apabila turut menjemput para peminatnya untuk sama-sama membuat persembahan di penghujung lagu. Awesome!
Kecoh atmosfera media sosial apabila nama Zamani disebut sebagai antara peserta yang layak bersaing di final. Ada yang seronok sakan dan sebaliknya. So what say you?
Menariknya, jom ikuti apa yang ingin diperkatakan Zamani mengenai pemilihannya ke final GV5 menerusi FB Live MH!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.