Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Hanis telah berkongsi ketika dia membuat kejutan untuk hari jadi suaminya, Hairul Azreen ketika berada di set lakonan.
Kongsi Hanis, hari ini merupakan hari jadi Hairul dan dia sebelum ini tidak pernah dapat membuat sebarang kejutan sempena hari jadi suaminya.
Bagaimanapun, hari ini dia telah berjaya membuat kejutan untuk hari jadi suaminya.
Ads
“I selaluuu tak dapat buat apa-apa special untuk birthday ayang and ayang selalu kata “takpe, birthday I tahun ni bermakna sebab I ada sayang” . Soooo, surprise! I love you so much.”tulisnya.
Beberapa jam lalu, chef selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi keratan video perjalanannya menuju ke sebuah lokasi peranginan di awal pagi.
Maklumnya menerusi Instagram, dia memandu berseorangan ke sana kerana isteri dan anak-anak ada melakukan sesi perkhemahan dan dia telah berjanji untuk bermalam bersama pada sesi tersebut.
Bagaimanapun, Fazley turut menjelaskan dia terpaksa memandu pada awal pagi kerana awalnya terpaksa memenuhi tuntutan kerja.
“Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya
“Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku.
“Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha,” kongsi Fazley.
Malah, Fazley turut bercerita mengenai situasi ‘seram sejuk’ sepanjang perjalanan.
“Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde.
“Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit.
“Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi. Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya.
“Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam,” jelasnya panjang lebar.
Memelihara anak ini sedari usia satu hari, Erma Fatima akhirnya memperkenalkan anak ketiganya, Ahmad kepada umum.
Meskipun terpaksa memulangkan anak kecil itu kepada ayah kandungnya, namun hari ini menjadi detik istimewa apabila kedua-duanya disatukan kembali.
“Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun byk kekurangan aku.
“Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.
“Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia.
“Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.”
Mengakui hatinya hancur atas apa yang berlaku, namun dia tetap ibu walaupun tidak melahirkan si anak.
“Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.
“Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku..”mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?”.
“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati…
“Aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.”
Penyanyi bersuara lantang, Black mengakui dia ‘rimas’ dengan wanita yang kuat berleter. Bagaimanapun, bintang ini tidak menafikan apa yang dibebelkan mereka ada kebaikannya juga.
“Lagu tersebut berjudul Pok Pet dan merupakan single terkini saya. Mulai lancar sebenarnya hujung tahun lepas. Sebenarnya saya dah dengar lagu ni dari Hazama sekitar dua tahun lalu. Dia ada minta saya untuk selesaikan liriknya juga.
“Lalu kami berbincang memandangkan saya sebelum ini tidak pernah muncul dengan lagu-lagu sedemikian,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah sebab yang membuatkan dirinya tertarik untuk membawakan lagu sedemikian yang mempunyai elemen sinis terhadap wanita, Black mempunyai jawapannya sendiri.
“Queen control dan membebel tu dua perkara yang berbeza. Rasanya perempuan ni memang jenis yang banyak cakap, leceh. Tetapi dalam lagu itu, apa yang lelaki itu maksudkan selepas dirangkumkan ialah untuk kebaikan si suami juga.
“Perempuan memang suka membebel. Kiranya inspirasi dari sekitar saya jugalah. Bukan hanya isteri saya saja. Ibu dan kakak saya pun sama. Tak dikhususkan pada isteri semata. Biasalah perempuan kan?
Malah muzik videonya juga kalian akan boleh nampak apa yang ingin disampaikan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, ketika diajukan pertanyaan apakah respin Black sekiranya berdepan dengan situasi si isteri sedang membebel, ini jawabnya;
“Awal-awal kahwin dulu memang kami akan bertekak. Lalu bila dah lebih enam tahun kahwin, masing-masing dah saling faham. Kalau Cira (isteri) membebel saja, maknanya adalah reaksi yang saya perlu buat.
“Misalnya saya akan cakap ‘sudahlah’. Lama kelamaan dia diamlah,” seloroh Black. Terdahulu, bintang berkenaan ditemui media pada majlis pelancaran koleksi raya dan wangian terkini dari D’Mainiza Boutique di Grand Millenium, Kuala Lumpur.
Menurut pengasasnya iaitu Datin Maini Jali, untuk tahun ini pihaknya telah mengeluarkan 17 rekaan busana buat wanita dan 4 rekaan untuk lelaki pada musim perayaan nanti.
“Menariknya kali ini, pihak DM Boutique memperkenalkan dua konsep rekaan kami iaitu mampu milik dan koleksi eksklusif yang mana kalau nak diikutkan harga bermula RM249.90 sehingga RM769.90. Boleh dibeli di butik atau menerusi dalam talian.
“Malah kami turut mengambil peluang untuk melancarkan juga wangian jenama sendiri iaitu DM Perfume yang telah berada di pasaran sejak tahun lalu. Cuma kali ini kami berpeluang untuk melancar seterusnya memperkenalkan produk tersebut buat pembeli dengan lebih meluas,” jelasnya optimis.
Foto: Instagram Black
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya