[GAMBAR] “Gaya & Mimik Wajah Kala Bekerja,” – Pengurus Kongsi Foto Eksklusif Latihan Penuh Siti Nurhaliza On Tour Di KL Yang Sukses!

Share

Selepas kejayaan menerusi Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu, pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak ada berkongsi sekitar latihan penuh penyanyi berkenaan sebelum konsert mega berlangsung.

Khusus buat tatapan peminat penyanyi nombor satu itu, Rozi turut menitipkan kata penuh makna menerusi ruangan kapsyen.

“Sebalik tabir kerjaya.Tanggungjawab dan amanah bukan untuk dicanang, dimegah tetapi bagaimana sesuatu yang dimulakan, diakhirkan dengan indah.

“Gaya dan mimik wajah kala bekerja, dari bawah kolong pentas, ke belakang pentas hingga ke atas pentas,” tulis Rozi lalu disusuli dengan tanda palang #latihan #fulldress #sitinurhalizaontour.

Mengalunkan lebih 30 lagu termasuk bersama penyanyi undangan, Tulus, Siti Nurhaliza On Tour di Kuala Lumpur menjadi momen manis lebih 10,000 peminat yang hadir memenuhi stadium. Malah, foto sekitar turut dikongsikan.

Malah, rakan artis lain turut teruja dan mengisi masa bagi menonton konsert jelajah yang sudah pun melewati dua buah negara, Indonesia dan Singapura itu. Antaranya ialah Jihan Muse, Sarah Raissuddin & Shuib, Dayang Nurfaziah, Khai Bahar dan ramai lagi.

Foto: Instagram Rozi Razak

IKLAN