[GAMBAR] Gara-Gara Makanan Kegemaran, Eina Azman Terima Kek Berbentuk Durian Dan Petai Sempena Hari Jadi!

Share

Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran buat pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenar Ainur Syakina Azman yang ke 24 tahun. 

Eina telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya. 

Menariknya, Eina telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia telah menerima sebuah kek yang berbentuk durian dan petai sebagai hadiah daripada suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmett. 

“Assalamualaikum guys. Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from @sweettoothville, cake durian and petai (two of my favorite food!).” 

“Thank you so much @sweettoothville team for the creative, delicious and beautiful cake! Yg penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!” 

“If you guys nak order cake, do hit them up ok. Whatever design/character you like on your cake, they can make it happen” tulisnya. 

Oleh itu, perkongsian Eina ini telah menjadi perhatian netizen selepas melihat keunikan kek hari jadi Eina.

MH mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 24 tahun buat Eina. Semoga Eina dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin

Untuk rekod, Eina Azman telah dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1995 di Temerloh, Pahang. 

Foto : Instagram Eina Azman

IKLAN