[GAMBAR] Foto Pra Perkahwinan Fasha Sandha- Aidil Aziz, Dirakam Dengan Hanya Guna Kamera Telefon?

Share

Menantikan detik untuk disatukan sebagai suami isteri, setiap apa yang dilakukan Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika pastinya mendapat perhatian peminat.

Malah, rata-ratanya juga tidak sabar untuk melihat dua bintang ini naik pelamin, meniti bahagia sebagai suami isteri.

Lalu bagi meraikan cinta ini, pasangan sama cantik sama padan ini telah mengadakan satu pengambaran khas untuk pra-perkahwinan,baru-baru ini.

Selain dari pada gambar pasangan yang sama cantik sama padan ini sendiri, gambar ini juga telah memberi pandangan yang lebih dekat terhadap rekaan dan butiran baju pra-perkahwinan Fasha; dari pandangan jauh sehinggalah sudut yang paling dekat.

Berdasarkan gambar yang diambil, perincian baju pra-perkahwinannya yang dihasilkan pereka terkenal Azura Couture dapat dilihat dengan jelas walaupun gambarnya dirakam dari jauh.

Apabila dinilai semula, satu-satunya pengeluar telefon pintar yang mempunyai teknologi yang mengagumkan itu ialah HUAWEI kerana jenama ini sering dikenali dengan keupayaan kamera yang luar biasa.

Berikutan dengan siri HUAWEI P20, HUAWEI Mate 20 Pro juga menggabungkan ciri lensa tri-kamera, dan ianya juga telah mencatatkan skor sebanyak 109 pada DxOMark iaitu lebih kurang sama seperti Huawei P20 Pro sebelum ini.

Berdasarkan poster ini, kami juga percaya bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan siri HUAWEI P30.

Hal tersebut disokong dengan kapsyen pelakon Teratai Kemboja itu sendiri, menerusi entri foto sama menerusi Instagram.

“Bila tengok gambar ni rasa sangat sebak, hiba. Saya bersyukur dengan kehadiran Aidil dalam hidup saya. Semoga dipermudahkan perjalanan buat kami.

“Credit to @HuaweiMobileMY. Wedding gown from @azuracouture,” tulis Fasha sambil disusuli dengan tanda palang #Rewritetherules #fashasandhaxHuaweiTV3 #aidilfasha dan
#preweddingphoto.

Foto: Instagram Fasha Sandha, hkstrategies.com

IKLAN