[GAMBAR] “Finally You’re Back!,”- Kembali Berlakon, Ramai Rindu & Mulai Puji Penampilan Terkini Fathia Latiff

Share

Mungkin sudah lama wajahnya tidak kelihatan di kaca televisyen, lalu pelakon Fathia Latiff kini kembali aktif mewarnai industri hiburan.

Menariknya, Fathia baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto di Instagram sedang menjalankan sebuah pengambaran drama.

Fathia memegang watak sebagai guru di sebuah sekolah rendah menerusi sebuah drama di samping pelakon Mustaqim Bahadon.

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut dan merindui akan lakonan pelakon cantik tersebut.

Terdahulu, pelbagai kisah sensasi yang menghimpitnya sebelum ini dikatakan turut memberi impak terhadap kerjaya seninya.

Foto : Instagram Fathia Latiff

IKLAN