[GAMBAR] Fazura & Elfira Loy Turut Hadir, Ini Barisan Artis Wanita Kita Yang Datang Meraikan Resepsi Mira Filzah, Malam Tadi

Share

Tahniah sekali lagi buat pasangan pengantin baru yang paling diperkatakan tahun ini, Wan Emir Astar dan Mira Filzah yang telah pun selamat menjayakan majlis respesi di Hotel Le Meridien, Putrajaya Malam tadi.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis.

Di sebalik semua orang yang berkata mengenai pasangan raja sehari ini, selebriti jemputan yang hadir pada majlis resepsi juga cukup memukau pandangan.

Masing-masing hadir penuh anggun tetapi siapakah yang paling menawan di mata kalian?

Fazura – Bakal ibu ini tampil cantik dalam persalinan serba hitam ilham Rizman Ruzaini sementara wajahnya disolek indah Nuex Rosli.

Lisa Surihani – Hadir ditemani suami tercinta, penampilan ibu beranak dua ini juga tidak kurang cantiknya. Kurung moden corak abstrak yang dikenakan tampak ringkas tetapi ‘classy’.

Elfira Loy – Siapa kata wanita bertudung tidak mampu bergaya? Gaun rona putih gading senada hijab yang dikenakan ibu muda ini tampak serasi dengan personalitinya.

Shalma Ainaa – Hos ini tampak menawan di samping suami yang juga adik kepada Wan Emir, Wan Imar Izzat. Gaun rona ungu cair menyerlahkan sisi anggun wanita ini.

Farah Nabilah – Meski sarat hamil, namun Farah tetap hadir meraikan rakan artisnya itu sambil ditemani suami, Mohammed Amirul Yunus. Anggun mengenakan persalinan dalam rona nude, penampilannya cukup berseri-seri.

Ayda Jebat – Hadir meraikan pengantin bersama tunang, gaun melekap pada tubuh yang digayakan panyanyi Mata ini begitu cantik dipandang!

IKLAN