Pasangan suami isteri yang cantik sama tampan Fazura dan Fattah Amin kini berada di kota Los Angeles, California.
Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia meluangkan masa bersama suaminya di pantai Venice menerusi akaun Instagram.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu turut menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya.
“Precious moments. I’m so happy he’s here with me being my best support system and always being the one who believes in me. I love you. You’re my gem baby. #FazbulousInLA #FattasticInLA,” tulisnya.
Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong tetap positif meski menerima pelbagai kecaman netizen mengenai imej dan fizikalnya.
Bagaimanapun, Beby tidak mudah melenting, sebaliknya sentiasa berdoa kepadaNya.
“Biar apa org buat kt kita… Kita jangan balas… Sbb malaikat akan duduk sama2 dengan kita saat kita di anaiya dan di fitnah. Lalu di angkatkan doa kita satu per satu utk di makbulkan.
“Tapi Saat kita terniat untuk balas balik, malaikat pon pergi dan di gantikan dgn syaitan. Sbb tu bila kita mula marah atau mula membawang pasal org.
“Makin menjadi2 nak marah.. Makin semangat nak buka aib org.. Makin seronok nak cerita.. Sebab setan tengah bagi semangat tu 😘.
“PESANAN IKHLAS DARI AKAK MERMAID JE. Sbb tu akak ni jenis x heran org nk fitnah apa pun. Masuk kiri keluar kanan dan ucapkan ALHAMDULILLAH,” tulisnya.
Kecewa dengan lagak pendatang baru, penyanyi Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar menjelaskan meski dia sudah 18 tahun bergelar anak seni, penglibatannya tidak pernah sesekali melibatkan soal glamor.
Semuanya sekadar untuk cari makan dan rezeki halal.
Dia turut menyelar stigma sesetengah pihak yang menganggap menjadi orang seni haruslah popular, jika tidak, akan dikutuk.
“AMARAN. ini Post Berlagak. Dan Panjang.
“Umur dah 34, menyanyi secara professional dari umur 16. So dalam 18 tahun jadi org seni.Lagu pertama tajuk Tapi Dia ciptaan dato @fazleyyaakob utk Film Mendam Berahi,lepas tu Mami Jarum, Mistik etc. Tulis lagu and lirik jugak. Antaranya Lagu hero untukmu @fattahaminz dijemput collaborate oleh @hadi_carefree. Utk drama bersiri Cakap Melayulah! Yg @nabilzira berlakon tu kat astro kan abang Jazz jemput tulis, lagu cinta twitta by @nadiahasnan dijemput oleh @fazo_dclef . Eh banyaklah jugak tv series.
“Kau tau tak AKPK. Kau tau tak lagu corporate AKPK tu sepenuhnya dicipta oleh Adzrin Adzhar jugak?
“Pastu upload lagu kat Youtube tajuk Pujaan Malaya, tak sangka meletop lagu tu tahun 2008. Sebab Indie. Carta @hotfm976 time tu adalah dalam 4 ke 5 kali juara jugaklah. Bertahan dalam carta berpuluh minggu la jugak. UTK CITER PERNAH SHARE PENTAS DENGAN SAPA? Tak pernah. Bukan style aku nak amek gambar glamour2 makan best2 shopping mahal2 utk aku post. Mula jadi cikgu and train anak2 muda secara proffesional ajar Choir, band, bicara berirama, public speaking etc 8 tahun lepas. Medal? Alhamdullilah 90% semua pertandingan sekolah ada tempat/anugerah.
“Start tahun 2014 dalam awal tahun nak try ada band. Bosan nyanyi sorang2. @music_sound_rhapsody tiba2 offer jadi Vocalist diorg dalam bulan 4. Allah sekali lagi permudahkan. activity utama waktu tu Busking and shows kat local events. Sekarang, Allah bagi jadi Resident Band @boraombak_marinaputrajaya dari tahun 2016 renew contract. ALHAMDULILLAH
“Utk semua NIKMAT ALLAH DI ATAS. ALHAMDULILLAH.! SAJA BAGITAHU sebab orang malaysia ingat asal nak jadi org seni je kena Famous. Sapa tak famous, KUTUK! Aku jadi orang seni utk cari makan. FAMOUS tu bonus. Sebab Aku pun TAK USAHA utk famous pun. Korg nilai sendiri lah post aku semua biasa2 je. Very Simple Life,” tulisnya.
Dia turut kecewa melihat gelagat golongan muda yang gemar menunjukkan segalanya semata-mata mahu dilihat berjaya.
“Saja rasa nak bagitahu sejarah sbb budak2 zaman sekarang ni PUM PANG PUM PANG buat itu ini acah2 BEST DAN BERJAYA sampai dia lupa orang tua macam kita ni dok perhati je. Kdg tak reti respect orang.
“Kita ni nampak bodoh sebab kita pilih jadi Humble. Takkan nak kena jadi berlagak macam kau baru kau nak hormat?
Berkongsi memori indah perkahwinan adik iparnya, Ain Khani yang diijabkabul Jumaat lalu, Ummi Nazeera menerusi Instagram meluahkan kekecewaan apabila ada yang mendakwa majlis ini seakan-akan meniru agama Kristian.
Ulasnya, Ain hanya mengimpikan pernikahan yang ringkas dan inilah hasilnya. Malah, pasangan ini disatukan di belakang rumah.
“My sister @ainkhani kahwin last Friday .. and this photo is going around . A lot of positive I heard .. but ada juga yang ckp mcm Christian . Come on la Malaysians. Nonsense sgt. And ini nikah belakang rumah je kot . Walalupun ain kata “Nak nikah simple je “ tapi kami rasa concept dia agak complicated to execute 😂 Nevertheless . It was a beautiful and emotional wedding . 👍🏼 Congratulations Ain. Pilihan mak ayah ni In shaa Allah.. Bahagia dunia alkhirat.
“Ustaz @syafiqzulakifli is a mutawwif . He was our mutawwif for umrah last year . That’s how they met . He is also one of the dj for @ikim.my 😊 welcome to the family Syafiq. #eightventurers #ThisIsIslam #Simplicity,” tulisnya.
Diana Danielle turut meninggalkan reaksi kecewa dengan mentaliti masyarakat Malaysia dan menyindir kalau dag orang berfikiran sempit, makan keju juga boleh dikatakan terpesong.
Netizen pula memberi sebab mengapa majlis ini dikatakan menyerupai perkahwinan pasangan Kristian namun menyelar tuduhan berat tersebut.
Foto : Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.