“Gambar Dulu, Kalau Mengandung Ni Banyak Air,” – Sharifah Shahirah ‘Payung’ Perut Kandung Bayi 4Kg!

Share

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya, awal hari ini.

Menerusi foto tersebut, Shiera dilihat mengimbau kembali saat sedang sarat hamil.

Dalam keadaan duduk, foto yang dirakam di sebuah jenama mewah itu mendapat perhatian ramai.

“Gambor dulu kalau ngandung ni banyak air..kusmangat.. Anak ijoy betulla.

“Masa ni jalan seret..lain tak bengkak perut je.

“4kilo je katanya…ada org lebih 4kilo lebih comelnyaa perut Sampai sekarang lemak bertakung…rasa nak toreh lembik dia…,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, perkongsian bintang berusia 45 tahun itu mendapat perhatian daripada peminat dan rakan artis.

Malah, ada di antara komen yang mengusik sama ada bintang ini rindu untuk hamil lagi dan ada di antara reaksi mendapat respon tuan badan.

Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.

Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Foto: Instagram Shiera Ijoy

IKLAN