[GAMBAR] Datin Fouziah Gous, Siti Nordiana Antara Yang Hadir, Ini Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Anak Lan Solo

Share

Semalam, penyanyi Lan Solo ada berkongsifoto sekitar sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak bongsunya, Nur Amna Quxandra di akaun Instagram.

Mengambil beberapa buah filem animasi sebagai temanya, majlis disambut meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan selebriti.

Antaranya ialah Siti Nordiana, Datin  Fouziah Gous dan suami, Farhan dan ramai lagi.

Terdahulu, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra, setahun.

Jom usha foto-foto sekitar majlis yang telah dilangsungkan di Grand Nikah Hall, Bukit Jelutong itu.

Foto: Instagram Lan Solo

IKLAN