[GAMBAR] Dah Setahun, Lihatlah Transformasi Yusoff Al Qardawi Yang Ramai Buat Orang Geram!

Share

Semalam (25 Jun) merupakan ulang tahun kelahiran pertama anak bongsu pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi.

Lalu bersempena dengan ulang tahun kanak-kanak comel ini, ibunya ada menitipkan sesuatu buat anak tersayang menerusi Instagram.

“Selamat Ulang tahun anakku 25/06/2018-25/06/2019 @yusoffalqardawi_terlajaklaris yg pertama. Anak yg mudah dijaga x banyak ragam. Menceriakan hari2 mama dan abah, suka senyum,” tulis Shahida.

Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata ini turut memaklumkan dia menanti lebih enam tahun sebelum mendapat rezeki zuriat lagi.

“Lepas last bersalinkan abg baem 6 tahun baru mama dapat yusoff…..semoga yusoff membesar menjadi hamba yg taat perintah Allah.

“Anak yg soleh,sempurna akhlak berjaya dunia dan akhirat mudahan menjadi asbab mama dan abah masuk ke syurga…. amin,” kongsinya lagi.

Yang pasti kira-kira setahun yang lalu, rata-rata peminat menantikan kelahiran Yusoff dan kecomelannya nyata membuatkan ramai yang geram.

Foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida/Yusoff Al Qardawi

IKLAN