Pelakon yang juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana ada mendedahkan, keadaannya yang berbadan dua menyebabkan dia diberikan peringatan kepada doktor supaya lebih berhati-hati, lebih-lebih bagi apabila melibatkan aktiviti dan perjalanan jauh.
Malah, situasi tersebut turut didedahkan Puteri Sarah menerusi Instagram. Puteri Sarah dan keluarganya ketika ini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah.
“It ain’t easy and extremely tired when u’re 23 weeks pregnant and ur baby is very, very, very clingy Nak2 time solat pun nak berdukung.
“Tapi alhamdulillah suami banyak dukung especially time tawaf, family members yang lain pun tolong jaga syaikhul. Allah permudahkan semua kerana niat nak beribadah.
“Doctor banyak kali pesan JANGAN PERGI tapi nak jugak sebab taknak ketinggalan nak ikut family beribadat sama2. Segala cucuk vaccines ambil sebab timelah ni kita paling fragile (pls take note preggy mums. Persiapkan diri anda ask ur gynae apa vaccines BOLEH & KENA AMBIL. U don’t wanna take the risk pergi empty handed je),” tulisnya.
Puteri Sarah bagaimanapun mengakui dia rasa puas kerana dapat beribadah.
“Penat memang penat, after habis tawaf mesti bagitau suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit and sometimes syaikhul taknak dekat orang lain nak mama dia jugak.
“Adik syaikhul pun boleh tahan. Kicking everytime. Tapi hati puas , happy Allah sahaja yang tau,” tulisnya lagi.
Pelakon komedi dan pengacara, Zizan Razak ada memuat naik sebuah tweet menegur tabiat segelintir wanita masa kini.
Menurut Zizan, dia tidak faham mengapa segelintir wanita yang bertudung mahu pun tidak, gemar mencari jalan untuk kelihatan seksi ketika bergambar.
Kemudian, para lelaki akan disifatkan sebagai gatal sekiranya meninggalkan komen-komen nakal pada gambar tersebut.
Aku tak berapa paham kalau perempuan nak ambil gambar mahu yang bertudung atau tak mesti mencari jalan untuk pose sexy. Pastu bila laki like ke komen ko cakap laki gatal. Yang kau pegi pose belanja tu kenapa..??!!! #takpaham#sexy#belanja
“Aku tak berapa paham kalau perempuan nak ambil gambar mahu yang bertudung atau tak mesti mencari jalan untuk pose sexy. Pastu bila laki like ke komen ko cakap laki gatal. Yang kau pegi pose belanja tu kenapa! #takpaham #sexy #belanja,” tulisnya.
Tambah Zizan, perkara itu semua terjadi disebabkan mereka sendiri yang memuat naik gambar menghairahkan tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan pandangan tersebut malah ada juga yang berterima kasih kepada Zizan kerana memberikan teguran yang sedemikian.
Dalam perkembangan lain, Zizan kini sibuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Polis Evo 2 yang akan mula ditayangkan pada November ini.
Foto: Twitter Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Avril Lavigne akhirnya memberikan komen mengenai konspirasi teori yang dicipta oleh netizen 15 tahun lalu bahawa dia sudah meninggal dunia.
Teori itu mula diperkatakan pada tahun 2003 setelah kematian datuknya memandangkan penyanyi lagu Complicated itu sangat rapat dengan mendiang.
Dalam teori itu juga mengatakan bahawa setelah bintang tersebut dikatakan membunuh diri kerana kemurungan setelah kehilangan datuknya, ada pihak lain yang berwajah serupa telah menggantikan tempatnya, dikenali sebagai Melissa Vandella.
Memandangkan ketika itu nama Avril berada di puncak membuatkan Melissa mengambil tempat Avril untuk meneruskan populariti Avril ketika itu.
Bagaimapun, teori tersebut kembali hangat diperkatakan pada tahun lalu apabila ada netizen memberikan bukti-bukti ‘kukuh’ bahawa Avril sebenar sudah mati menerusi foto sebelum dan selepas penyanyi tersebut.
Antara bukti-bukti yang dikemukakan netizen adalah dari segi stail pemakaian yang lebih feminin, tulisan tangan dan juga lirik lagu dalam album terbarunya Under My Skin yang menunjukkan seolah-olah teori yang diperkatakan sebelum ini adalah benar.
Sepanjang masa netizen berbicara mengenai perkara ini, Avril tidak pernah menjawab perkara tersebut sehinggalah dalam temu bual di stesen radio Australia, KISS 1065 baru-baru ini.
“Ada orang ingat saya bukanlah diri saya yang sebenar dan itu sangat pelik, kenapa mereka boleh berfikiran sedemikian?,” katanya.
Sebelum ini, penyanyi lagu When Your Gone itu menhilangkan diri daripada industri seni selama lima tahun kerana bergelut dengan masalah kesihatan iaitu penyakit Lyme.
Sumber: E News!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...