Hujung minggu lalu, penyanyi Azharina mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama dipilih mengadakan sidang media seterusnya membuat persembahan dalam penerbangan AirAsia.

Lebih manis dan unik, majlis berlangsung pada ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, Sabtu lalu. Menarik, jom ikuti corat-coret menarik di balik kejayaan penyanyi Cinta Terbagi Dua ini.

Sidang media Concert Azharina : Queen of Soul itu dibuat dalam penerbangan AK 5106, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Pengarah Urusan Atlas One Events, Syahrizal Ismail berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dari Malaysia Books of Records sebagai artis tempatan pertama yang berbuat demikian.

[GAMBAR] Cipta Rekod, Ini 10 Corat-Coret Kisah Azharina Buat Sidang Media & Nyanyi Atas Awan Biru Korang Tak Tahu!Persalinan vest rona lengkap seluar dalam rona merah merupakan ilham pereka Azhar Zainal Design. Azhar juga merupakan salah seorang pereka busananya pada malam konsert nanti.

Sementara solekannya ditatarias oleh Shine Matahari. Katanya kepada MH, memandangkan dia perlu check in sekitar jam 7.45 pagi, dia terpaksa memulakan solekan sejurus solat Subuh.

IKLAN

[GAMBAR] Cipta Rekod, Ini 10 Corat-Coret Kisah Azharina Buat Sidang Media & Nyanyi Atas Awan Biru Korang Tak Tahu!

Sejurus membuat sidang media ringkas, Azharina mempersembahkan dua buah lagu iaitu Elegi Sepi dan What’s Up? nyanyian asal 4 Non Blondes. Untuk lagu kedua, Azharina menggunakan kekuatan vokalnya (menyanyi tanpa pembesar suara) untuk menghiburkan penumpang di tempat duduk tengah dan belakang.

Katanya, pada peringkat awal skuad pengurusannya memberikan empat buah lagu kepada pihak AirAsia dan dua lagu berkenaan telah dipilih untuk dipersembahkan di awan biru.

IKLAN

[GAMBAR] Cipta Rekod, Ini 10 Corat-Coret Kisah Azharina Buat Sidang Media & Nyanyi Atas Awan Biru Korang Tak Tahu!

Apa yang akan dibuat sekiranya penerbangan mengalami kesulitan untuk membuat persembahan akibat kekangan cuaca? Jelasnya, sedari awal dia berdoa supaya segala yang dirancang dipermudahkan dan syukur, impiannya dalam direalisasi.

Azharina percaya, setiap niat yang baik itu akan dipermudahkan, begitu juga dengan gitarisnya pada sesi akustik itu, Korie yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Ella.

IKLAN

[GAMBAR] Cipta Rekod, Ini 10 Corat-Coret Kisah Azharina Buat Sidang Media & Nyanyi Atas Awan Biru Korang Tak Tahu!

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Azharina memberitahu ia adalah suatu yang normal. Tidak boleh puaskan hati semua orang dan tegasnya lagi, mulut tempata tak boleh ditutup!

Concert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam. Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan bintang asal Sabah itu akan menyampaikan 22 lagu secara solo dan medley, termasuk barisan lagu popularnya serta penyanyi lain.

#MHVideo Sejarah buat artis Malaysia, tahniah Azharina kerana berjaya merealisasi impiannya. Rare weh!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 23 June 2019

Foto: Mohd Redzuan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI