Like father, like son. Kata- kata itu sesuai digambarkan buat dua beranak iaitu Nedim Nadzri Aziz dan anak kandungnya, Mohamed Nedrin yang ke tujuh tahun.
Bertemakan permainan online yang menjadi kegilaan ramai masa kini iaitu PUBG, sambutan harijadi Nedrin atau mesra dengan nama Dre disambut meriah.
Berikut adalah gambar sekitar majlis yang dikongsikan Nedim di akaun Instagramnya. Nora Danish pun turut sama meraikan birthday boy!
Ads
Ads
Turut hadir bersama adalah ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat bagi memeriahkan lagi suasana ‘birthday boy’ itu.
Ads
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013.
Dia kemudian berkahwin dengan Nora pada Mac tahun lalu dan dikurinakan seorang anak, Mohamed Neqayl Nedim atau dikenali sebagai Ney Ney kini berusia 9 bulan 10 hari.
Foto :Instagram Nedim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi usahawan terkenal, Nur Sajat yang sentiasa mendapat perhatian ramai pihak.
Setiap apa yang dilakukan pastinya menjadi bualan netizen; baik dari segi perniagaannya, pakaian yang digayakan serta sisi peribadi.
Jadi, MH kongsikan 10 trivia menarik mengenainya.
1. Sajat menjalankan beberapa perniagaan seperti Let’s Bekung Diamond, Nur Sajat Gold dan terbaru, Nur Sajat Beutician. Dia mulai serius berniaga lebih tiga tahun lalu.
2. Selain menjalankan perniagaan, Sajat juga memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana telah mendapat kecaman ramai pihak, namun setakat ini muzik video lagu itu telah mengumpul jutaan kali tontonan.
3. Media Sosial Nur Sajat, dia mempunyai lebih sejuta pengikut di akaun Instagram, Sajat sering memuat naik gambar dan videonya.
Dahulunya menggunakan nama profil ‘Nur Sajat’, namun ketika berada di Lebanon baru-baru ini, Sajat telah menukar namanya kepada ‘Ajramjat’.
4. Miliki Banglo Mewah dianggarkan bernilai RM11 Juta. DS Aliff menawarkan kediaman berkenaan kepada kawan rapatnya itu.
5. Mempunyai Dua Orang Anak Angkat.
Sajat telah mengambil sepasang anak angkat iaitu Nur Syaza Sajidah dan Muhamad Syahmi, masing-masing berusia tiga tahun.
6. Coach Yin merupakan teman rapat dan sering memberi sokongan kepadanya.
7. Sajat sering mencetuskan kontroversi misalnya menerusi beberapa kenyataan serta pernah tampil daring dengan berbikini di Lebanon baru-baru ini. Malah, perkara itu juga telah mendapat teguran ramai pihak.
8. Gemar Berswafoto & OOTD. Menerusi Instagramnya, Sajat gemar berkongsi gambar dan telah mendapat puluhan ribu likes (tanda suka).
9. Body Goals Sajat, Buat Ramai Wanita Cemburu kerana miliki bentuk badan yang ideal yang pastinya membuatkan wanita di luar sana ‘gigit jari’.
10. Rajin ke gimnasium.
Sajat amat menitikberatkan kecantikan dan rajin ke gim untuk bersenam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Harimau Malaya sudah memberikan segala-galanya yang terdaya, namun usaha keras mereka gagal menghadiahkan Piala AFF buat Malaysia apabila tumpas 0-1 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir kedua di Stadium My Dinh,Hanoi malam tadi.
Di kesempatan itu, Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq turut memberikan kata-kata semangat buat skuad Harimau Malaya dan rakyat Malaysia.
“Merekalah yg bersorak sampai pecah tekak dr peringkat kumpulan,ke final, dari KL sampai ke Vietnam.. Habiskan duit, masa dan tenaga.
Pengorbanan Ekor Harimau Sejati! Thank you! Menang atau kalah, rakyat Malaysia akan sentiasa menghargai pengorbanan anda semua! THE BEST!,” tulisnya.
Syed juga turut berkongsi suasana di Stadium My Dinh malam tadi.
“Dlm perjalanan ke stadium, mereka lah yg bakar semangat & mereka jugalah yg tlg jaga safety semua fans disini. Barisan kuat, warga Vietnam juga hormat.
Bila semua stuck nak masuk stadium, mereka buat human shield utk pastikan semua fans wanita & fans anak2 dpt masuk dulu. You are the best! Thank You!,” tulisnya lagi.
Video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang memaparkan semangat Syed dan pasukan Ultra Malaya menyanyikan lagu Ekor Harimau.
Kekalahan di Stadium My Dinh itu menyaksikan Vietnam menamatkan penantian selama 10 tahun untuk merangkul kejuaraan kedua mereka menerusi agregat 3-2, selepas aksi pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu berkesudahan 2-2.
Video: IG Syed Saddiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kepada mereka yang terlepas kisah hiburan semalam, jom MH recap antara cerita best semalam!
1. Dr. Say Beri Pencerahan Mengenai Topik Seks
Doktor Selebriti, Dr Say Shazril meluahkan kekecewaannya berikutan dikecam netizen setelah berkongsi topik mengenai seks di laman Instagramnya semalam.
Katanya, dia tidak sangka masih ada yang berperangai tidak matang apabila topik seks dibangkitkan dan segera memberikan penjelasan panjang lebar mengenai perkara itu.
4. Meski Usia Sudah Mecencah 48 Tahun, Aleeza Kasim Masih Cantik Dan Kekal Langsing!
Model, Aleeza Kasim sangat sinonim dengan penampilannya yang trendy dan sentiasa up to date.
Meski sudah mencecah usia 48 tahun, namun anak kelahiran Kuala Lumpur seperti tidak dimakan usia, malah tampak kekal aktif dengan kehidupannya sehari-hari.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.