Pelakon Fatin Afeefa didakwa sekali lagi menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka yang berstatus suami orang.
Difahamkan, isteri kepada lelaki tersebut dengan menggunakan akaun, Mag@Hannamarie telah memuat naik beberapa status menerusi Twitter miliknya.
“I decided to put this one because it seems like she is making a U-turn, if she ever go against her words, nxt time i put up the naked pic & tweet all media. The damage is done anyway. Sy pn dah teruk balik2 dikenakan,”tulisnya.
Menerusi tweet yang dikongsikan Mag, Fatin juga sebelum ini pernah berjanji untuk tidak ‘menganggu’ hubungan rumah tangga pasangan itu.
Kongsi Mag lagi, bukan mudah baginya untuk memaafkan pelakon berstatus ibu tunggal itu.
Twitter : Mag@Hannamarie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model, Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah berkongsi berita gembira buat peminat.
Kongsinya kepada MH, dia bakal melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini.
Ketika ditemui, Ain yang turut menjadi selebriti undangan pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC, pada Rabu berkongsi berita gembira itu.
“Syawal kali ini saya memang rehat seketika dari sebarang projek seni bagi beri fokus pada persiapan majlis tunang, 22 Jun ini.
“InsyaAllah, majlis akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sahaja,” katanya berkongsi.
Bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu juga turut memaklumkan, majlis tunang akan dilangsungkan secara sederhana.
“Majlis yang akan kami anjur sederhana sahaja. Malah para jemputannya pun terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak selain rakan terdekat.
“Apa pun, saya sebenarnya tengah kelam-kabut juga sebab maklumlah, perlu buat persiapan, kemas rumah dan sebagainya.
“Saya dan keluarga saling membantu. Bukan apa, bergotong-royong ni seronok sebab masing-masing berkumpul,”ulas Ain lagi.
Tambah hos Lima Letup ini lagi, dia bagaimanapun merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan hujung tahun ini.
“Kita orang memang rancang untuk berkahwin tahun ini juga, mungkin Disember nanti, insyaAllah. Doa agar semuanya dipermudahkan,” pinta Ain yang dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz pada 19 April lalu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Semoga berbahagia buat Ain dan pasangan, moga kekal hingga ke jenjang pelamin.
Majlis pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Scha Alyahya, Tasha Shila, Nadia Brian, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Perasmian majlis tersebut telah dirasmikan oleh artis korea terkenal, Oh Yeon Seo yang merupakan seorang pelakon drama bersiri My Sassy Girl.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berkongsi perihal reaksinya terhadap pandangan yang diberikan ibu tiri berkaitan dengan ucapan sempena Hari Bapa, Nabila Huda sebentar tadi ada memuat naik posting terkini di Instagram.
Nabila Huda atau lebih sinonim disapa Abil memohon supaya ibu tirinya, Norhasniza Hassan boleh berubah secara perlahan-lahan.
“Nah Ini Untuk you @qasander ! Semoga you diberi kekuatan Untuk harungi hidup you hari Ini. Insyallah, pelan-pelan you boleh berubah.
“Kami semua berdoa semoga lembutkan hati you Untuk terima nama I yang ber binti kan suami you,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Tombiruo ini juga turut berdoa agar ibu tirinya itu menjadi isteri solehah serta contoh yang terbaik buat adik-beradik tirinya
“Jadi lah isteri Yang solehah, Contoh Yang baik Untuk Anak-Anak you..Amin!,” kongsi Abil lagi di bawah entri yang disertakan dengan kata pujangga itu.
Penyanyi Nadeera Zaini berharap para peminat dapat terus bersabar menantikan album sulungnya yang kini sudah memasuki fasa akhir sebelum memulakan proses rakaman.