Minggu lalu, beberapa selebriti tempatan kita menamatkan zaman bujang dan antara paling mencuri tumpuan ialah pelakon, Nelydia Senrose yang telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Mohd Hafez Halimi.
Pasangan sama cantik sama padan itu disatukan menerusi sebuah majlis eksklusif Sabtu lalu.
Keesokan harinya, majlis resepsi pasangan mempelai telah pun diadakan di sebuah hotel di ibu kota dengan penuh kemeriahan.
Turut sama meraikan pasangan raja sehari itu ialah ahli keluarga, rakan selebriti dan turut diserikan dengan persembahan dari penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.
Berikut merupakan sekitar memori indah majlis resepsi yang berlangsung.
Fuh, makan dalam setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Zarina Anjoulie, lebih-lebih lagi mengenai lelaki yang mengharapkan wanita bagi menanggung makan minum mereka.
Ulas Zarina, dia membenci lelaki yang menumpang kesenangan, namun dalam masa yang sama bermain kayu tiga di belakang.
“Aku memang benci, lelaki yang, if I’m making more money than you, don’t you dare try to text other bitches behind my back. Don’t you dare try cheat on me. Don’t you dare melayan perempuan lain.
“Kalau aku kahwin dengan kau, kau kena duduk rumah aku sebab rumah kau sekangkang kera yang kena beratur empat orang adik beradik nak masuk toilet.
“Kau jangan nak berani mesej perempuan lain and come to me cakap susah senang sama-sama bila kahwin, shut up.”
Tambahnya lagi, mengapa dia perlu bersusah payah mencari nafkah sedangkan lelaki tidak berusaha memperbaiki diri.
“Aku dah banyak duit, kalau aku nak kawin, buat apa aku nak jatuhkan kasta aku, nak susahkan diri aku sebab kau yang tak usaha sekuat aku.
“Korang sedar tak term susah senang sama-sama akan di apply hanya bila lelaki tu miskin, perempuan kaya. Let me rephase, bila kata susah senang sama-sama, aku miskin aku lelaki, aku nak kikis duit kau.
“Wahai perempuan, tanggunglah aku. Bila aku senang, bye-bye.
“Ada tak korang tengok mana-mana term susah senang sama-sama apply bila laki tu kaya, perempuan tu miskin. Ada tak?
“So wahai semua perempuan , jangan kena brainwash,” kongsinya panjang lebar.
Pelakon Fasha Sandha yang kini bergelar isteri pelakon Aidil Aziz ada berkongsi empat persalinan pengantin yang dikenakannya sepanjang majlis perkahwinan, dari saat diijabkabul sehinggalah kepada dua majlis resepsi sebelum ini.
“Alhamdulillah. Majlis #aidilfasha telah berlalu. Masih ramai bertanyakan dan bercakap pasal make up dan baju yang saya pakai.
“Saya menggunakan perkhidmatan Jurumekap nombor 1 di Malaysia dan Fashion designer nombor 1 di Malaysia Dato @alhaalfa dan @rizmanruzaini,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon Teratai Kemboja ini juga mengakui dia hanya terlibat di dalam proses rekaan baju dan solekan pada majlis pertunangan sahaja.
Bagaimanapun untuk tiga persalinan lain, dia tetap gembira meski tidak terlibat di dalam proses menyiapkannya.
“To be honest, saya hanya campur dalam urusan design baju dan make up pada majlis pertunangan sahaja (baju purple). Saya bagitahu dan lukis design baju dan bagitau make up apa yang saya nak untuk majlis pertunangan tu.
“Untuk majlis pernikahan dan persandingan pula, saya tak campur langsung dan tak cakap apa2. Saya kata, buat je apa yang u all nak buat. Saya terima. Alhamdulillah diorang berjaya membuatkan saya happy dengan apa yang diberikan dan rata2 suka dengan design dan make up ni.
Syukur Alhamdulillah, Terima kasih diatas kerjasama yang baik buat Rizman dan Dato Alha. You’re simply the best,” tulisnya panjang lebar.
Alunan merdu bacaan surah At Taubah ayat 128 hingga 129 dikongsikan Ahmad Fedtri Yahya di laman Instagram untuk santapan rohani.
Pengacara popular ini turut sama berkongsi beberapa kebaikan mengamalkan surah At Taubah antaranya dinaikkan darjat, dilapangkan kehidupan dan dilepaskan daripada hutang.
“Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
“Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
“Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.