[Gambar] Alololo… Foto Koleksi ‘So Sweettt’ Mawar & Suami, Ada Yang Gigit Jari Tak?

Tidak dinafikan sejak mendirikan rumah tangga pada awal November lalu, Mawar Rashid,23, dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, atau lebih dikenali sebagai Raf Yaacob cukup ‘meriah’ memuat naik foto bersama masing-masing, lengkap dengan caption yang cukup manis dan romantis.

Malah, kenyataan Mawar di Twitter mengatakan suaminya mempunyai ciri-ciri idaman wanita baru-baru ini pun sudah menjadi tular di internet.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bertemakan tradisonal Jawa. Sementara majlis resepsinya pula dilangsungkan di Pusat Konvensyen Center Sime Darby di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, ramai yang memuji kemesraan yang ditonjolkan pasangan selebriti ini dan tidak kurang yang macam menyampah sebab asyik muat naik gambar bersama, lengkap dengan video bagai.

Haih… memang susah bila bergelar selebriti ni kan? Buat itu salah dan buat ini pun tak kena. Bagi MH, tiada salahnya pun kalau mereka gigih nak letak gambar bersama setiap hari. Bukan orang lain pun.. laki bini kan? Normallah tu, apa yang nak dikecohkan…

IKLAN

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN