[GAMBAR] “Al-Fatihah Buat Emak,” – Ifa Raziah Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ibu, Undang Emosi Netizen

Share

Baru-baru ini penyanyi versatil Ifa Raziah telah memuat naik beberapa keping di akaun Instagram miliknya.

Menyentuh hati apabila penyanyi yang berusia 43 tahun itu telah berkongsi gambar bersama arwah ibunya sempena hari ulang tahun kelahiran ibu Ifa, semalam.

“Al Fatehah buat Arwah Mak .. 4hb April 2019 Harini ulangtahun hari lahirnya .. Semoga Allah cucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman .. Aamin Ya Rabbal Alamin”tulisnya.

Lantas, perkongsian penyanyi yang berasal dari Jitra, Kedah itu telah menyentuh hati peminat lalu titipkan doa buat arwah ibu Ifa.

Terdahulu, ibu kepada Ifa, Maimunah Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 2010 akibat menghidap penyakit komplikasi buah pinggang.

Foto : Instagram Ifa Raziah

IKLAN