Anak bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot dari kumpulan XOXO meninggal dunia jam 8.40 pagi tadi.

Perkara itu turut disahkan oleh Chot atau nama sebenarnya, Hazmeer Hassan menerusi laman Instagramnya.

“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhd Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi. Akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina, Melaka sebelum/selepas Asar.

 

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz, ternyata ALLAH SWT lebih sayang kepadanya,” tulisnya.

Harraz mempunyai penyakit injap jantung terbalik dan perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN). Chot juga sering memuat naik perkembangan anaknya di laman Instagramnya.

[GAMBAR] “Al-Fatihah, Anak Syurga,” -Anak Peserta Maharajalawak Mega, Chot (XOXO) Meninggal Dunia

IKLAN

[GAMBAR] “Al-Fatihah, Anak Syurga,” -Anak Peserta Maharajalawak Mega, Chot (XOXO) Meninggal Dunia

[GAMBAR] “Al-Fatihah, Anak Syurga,” -Anak Peserta Maharajalawak Mega, Chot (XOXO) Meninggal Dunia

IKLAN

Turut mengucapkan salam takziah buat Chot dan isterinya adalah pelawak, Fad Bocey.

“Al-fatihah anak syurga muhammad sher harraz .awak kecik lagi tapi mashaAllah perjuangan awak utk lawan sakit awak kuat sgt.

 

“Org dh besar belum tentu ada semangat mcm awak .berehatlah sayang .utk @jajafieyrul @chotxoxo takziah atas pemergian anak syurga ni .korang parents yg paling kuat semangat .ada hikmah yg Allah dah tuliskan utk korang,” tulisnya.

IKLAN

Selain Fad, para netizen juga turut mengucapkan salam takziah kepadanya.

[GAMBAR] “Al-Fatihah, Anak Syurga,” -Anak Peserta Maharajalawak Mega, Chot (XOXO) Meninggal Dunia

ALLAHU, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Salam takziah MH ucapkan buat Chot dan isteri.

Foto/Instagram: Chot (XOXO)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI