Sekeping foto bersendirian dengan kata-kata semangat buat dirinya, Datin Alyah berang apabila perkongsiannya di salah erti dan menerima reaksi negatif netizen.
“I was born in the thunderstorm. I grew up over night. I play alone i played on my own
Entah di mana silapnya, seorang netizen secara tiba-tiba mempersoalkan perihal anak dan menyatakan kerugian kerana suami penyanyi ini, Datuk Ramli MS sudah tua.
“Tanpa suami di sisi tak guna wahai Alyah. Sia-sia je tua tak boleh buat anak. Suami pula hampir rebah ke bumi,” komen netizen ini.
Berang dengan komen lancang ini, wanita berusia 38 tahun ini membalas di ruangan komen memohon agar individu terbabit menghayati isi Al Quran agar lebih bijak menjaga hati.
“Ohnyiormuda kesian kat awak. Kerja jaga rumah tangga orang je. Allah swt tu sebaik baik perancang.
“Cuba awak belajar baca Al Quran dan kisah nabi insyaAllah awak akan jadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain.
“Tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yang awak sakitkan tu..mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dengan cara macam ni,” balas Alyah.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Foto : Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi berita duka di mana adik lelakinya yang dikenali sebagai Huzer kini berada di Unit Rawatan Rapi selepas menjalani prosedur angioplasty, pelakon Jasmin Hamid mohon doa ramai.
Mengikut entri terbaru, Huzer dikatakan mendapat serangan jantung buat pertama kali sewaktu Subuh pagi tadi.
“28 Ogos 2019…
“Setiap Dugaan Allah kerana Allah sayangkan hambaNya.. Sekali lagi saya dan keluarga di uji Allah di mana ADIK LELAKI saya HUZER kena HEART ATTACK untuk pertama kali subuh tadi dan SEKARANG sedang menjalani pembedahan.
“Mohon keluarga dan kenalan serta semua supporters saya MENDOAKAN agar adik lelaki saya di panjangkan umur dan operasi pembedahan berjalan dengan lancar,” jelasnya.
Menurut pelakon ini, arwah ibunya sebelum ini meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
“Arwah MAMA saya dulu meninggal kerana HEART ATTACK. Mohon Allah panjangkan usia adik lelaki saya dan sentiasa dalam peliharaan Allah.
“Beliau seorang anak, adik dan ayah yang sangat baik.. Sebagai kakak yang sulung, saya akan terus berdoa dan mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah..
“Mohon Allah kuatkan semangat kami anak beranak dengan dugaan Allah ini,” tulisnya.
Minggu lalu, penyanyi Stacy Anam ada menganjurkan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun selain meraikan tahun kesebelasnya dalam industri seni tempatan.
Sambutan yang telah diadakan pada hujung minggu lalu itu turut dihadiri kelab peminatnya di Mega Glory Hall, Ostia, Bangi.
Lalu awal semalam, penyanyi Not For Sale ini menitip pula dedikasi istimewa buat suaminya, penyanyi dan komposer, Akim Ahmad. Terdahulu, pasangan ini telah pun melayari bahtera perkahwinan lebih tiga tahun lalu.
Bersama dua keping foto berdua yang dimuat naik, Stacy atau nama Islamnnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam memaklumkan, suaminya itu ada meluahkan rasa sedit kerana tidak menghadiahinya apa-apa bersempena dengan hari jadinya yang lalu.
“Siapa cakap Savo saya kuyush tidak tagap tu ah? X nampak kah parit ninin dia yang luas terbentang tu chinggg. Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying.
“I bersyukur sangat. Alhamdulillah ada u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni,” tulis Stacy optimis.
Malah kongsinya lagi, dia turut mengharapkan agar rumah tangga yang dibina kekal positif dan harmoni.
“Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang2 saja. Hidup kena positif dan harmoni, Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada Filter.
“Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain In Sha Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama2 as long as kita sentiasa ikhlas, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang.
“Duit boleh dicari Insyallah, tapi kehidupan yang Harmoni dan dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang. Dan kita bersyukur dengan orang2 yang ada di dalam lingkungan tu.
“Alhamdulillah, terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni chingg hahahha.
“Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & the majistret haritu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini kan. Xyah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni. Alhamdulillah,” tulis Stacy panjang lebar.
Dalam perkembangan lain, bintang yang sinonim dengan skil tarian memukau ini hadir dengan single terkini, Khayal. Malah muzik video rasminya juga sudah pun dilancarkan menerusi YouTube sejak tiga minggu lalu.
Sehingga kini, ia sudah pun mendapat tontonan lebih 500,000 tontonan.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya