Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya.
Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, semalam.
Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.
Semalam merupakan momen terindah buat pasangan Nadiyah Shahab dan suami, Ben Ali yang telah selamat meraikan majlis perkahwinan mereka.
Bagi mereka yang mungkin terlepas pandang busana yang digayakan Nadiyah, sebenarnya pelakon berusia 27 tahun itu telah mengenakan lima jenis persalinan yang berbeza, sebelum sehinggalah kepada majlis resepsi.
Jadi, jom MH senaraikan antara busana pengantin baru itu.
1. Henna night
Wow! Sangat mempersonakan apabila Nadiyah mengenakan busana persis gadis Arab dengan pakaian berona peach lembut.
2. Malam berinai (menari)
Bagaikan pelakon Bollywood, Nadiyah tampil cantik mengenakan sari berwarna merah pada malam majlis berinainya yang diadakan pada Jumaat lalu.
3. Majlis akad nikah
Putih,bersih dan berseri. Itu sudah cukup menggambarkan suasana harmoni pada majlis pernikahan Nadiyah dan Ben.
Nadiyah kelihatan sangat jelita menyarungkan dress dan veil berwarna putih, manakala Ben tampil segak berjubah dan berserban. Arabic gitu!
4. Majlis resepsi (keluarga)
Berseri-seri sungguh pengantin baru ini menyarungkan baju songket berwarna kuning lembut. Cantik dan segak!
5. Majlis resepsi (kawan-kawan dan rakan media)
Bagaikan kisah dongeng ‘Cinderella’, Nadiyah kelihatan sangat anggun menggayakan gaun berwarna putih-cream hasil rekaan dari Putra Aziz ,manakala Ben kelihatan kacak memakai suit berona biru gelap!
Kedua-dua mempelai ini selamat mengadakan majlis resepsi di Damansara Perdana malam tadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rasanya antara isu seni yang paling hangat diperkatakan sejak semalam adalah kunjungan super model terkenal dunia, Bella Hadid di ibu negara bari menghadiri majlis satu jenama jam tangan terkemuka.
Lalu, pencinta seni dan fesyen di negara ini bagai teruja apabila buat pertama kalinya, model yang menjadi antara figura pentas runway paling laris tahun ini itu menjejakkan kaki ke Malaysia.
Malah menerusi majlis eksklusif itu, barisan selebriti turut dijemput khas bagi meraikan seterusnya mengisi masa bersama Bella. Jadi apa lagi, semua mata pastinya tertumpu dengan gaya dan fesyen yang dikenakan mereka kan?
Bagi yang telepas mengikuti perkembangan kisah seni semalam, jom ikuti antara TOP 5 cerita best ini!
1. Persandingan kali Kedua Dr. Fazley & Isteri, Simple Tapi Meriah!
Persandingan kali kedua Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya dilakukan kerana untuk memenuhi permintaan arwah bapanya,Datuk Yaakob Mohammad.
Jom lihat sekitar majlis persandingan mereka. Artikel penuh di:
4. Sekumpulan Individu Mahu Beri Sumbangan Kepada Puteri Balqis, Tapi Lain Pula Jadinya…
Kehadiran sekumpulan individu yang mahu memberi sumbangan kepada pelakon, Puteri Balqis menimbulkan kemarahan netizen apabila mereka dilihat seperti berlaku biadap ketika sesi lawatan.
Menerusi video itu, individu berkenaan dikatakan meninggikan suara sewaktu merakam video selain memaparkan keadaan Balqis yang sedang terlantar di atas katil.
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...