Pertama kali seumpamanya, sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti iaitu Big Stage bakal menampilkan 10 bakat muda generasi alaf baharu bagi merebut status juara di atas pentas berskala besar. Penyanyi muda yang sinonim dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) itu terdiri daripada lima peserta lelaki dan wanita.

Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain dan Tajul di dalam senarai bertanding bersama peserta wanita pula iaitu Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Imann.

[GAMBAR] Ada 10 Penyanyi Baru Nak Up, Mana Satu Yang Bakal Jadi Pesaing Terbesar?

Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris memberitahu, Big Stage menyediakan platform kepada golongan BBNU yang memiliki daya juang tinggi untuk membawa karya mereka yang sebelum ini hanya boleh dimenerusi media sosial khususnya.

IKLAN

“Program ini memberi mereka kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi,”katanya ketika ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan 10 peserta yang bakal berentap bermu;a 5 Ogos depan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

[GAMBAR] Ada 10 Penyanyi Baru Nak Up, Mana Satu Yang Bakal Jadi Pesaing Terbesar?

Pada masa sama, program itu turut menampilkan dua ikon muzik tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir sebagai juri tetap. Selain itu, seorang juri jemputan profesional juga akan diundang secara bergilir-gilir setiap minggu untuk turut serta mengadili persembahan.

Big Stage bakal dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Aliff Satar sementara juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi.

IKLAN

Foto: Instagram Astro Gempak

IKLAN

Nah, ini dia peserta BIG STAGE!

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 24 July 2018

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI