Bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah pada 1 Mei lalu. Berita gembira itu diumumkan menerusi Instagram miliknya, @azrinazmazharhakim.

Selain berkongsi mengenai gerangan lelaki yang kini menjadi bertakhta di hati, entri berkenaan juga turut dilimpahi dengan ucapan tahniah dari pada peminat dan selebriti.

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

IKLAN

Menerusi ruangan kapsyen, personaliti ini menulis panjang lebar berkenaan dengan majlis perkahwinannya yang telah pun dilangsungkan secara tertutup. Tulisnya;

“Bismillahirrahmanirrahim. Dikesempatan ini saya mengumumkan pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H jatuh pada hari Nisfu Syaaban, saya telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu dan hanya menjalinkan hubungan rapat setahun lepas.

“Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’. Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan.

“Majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa saya. Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.

“Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan.

“Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.

“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.

“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan.

“Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang.

“Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum,” tulis Azrinaz.

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

IKLAN

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

IKLAN

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

[GAMBAR] “15 Syaaban 1439H Jatuh Pada Hari Nisfu Syaaban, Saya Telah Selamat Diijabkabulkan…” – Azrinaz Kongsi Detik Bahagia di IG

Foto: Instagram Azrinaz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI