Menarik kali ini, MH bariskan  10 antara selebriti wanita kita yang sejuk mata memandang, cantik menawan.

Meski sentiasa tampil anggun mempersona, namun jodoh mereka masih belum sampai untk berkahwin, walau ada yang sudah mengakui sudah pun mempunyai teman istimewa.

Apa pun, sama-sama doakan mereka semoga cepat sampai jodoh seterusnya mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan masing-masing.

Intan Ladyana

View this post on Instagram

Aryanna in the house #bougainvillea 🎥 #samarinda tv3

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Bintang yang cukup sinonim menerusi filem Jangan Pandang Belakang dan Adnan sempit ini dilahirkan pada tahun 1982.

Mencecah usia 38 tahun, Intan atau nama lengkapnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki sebelum ini.

Terkini, Intan kini sedang rapat dengan pelakon muda, Harris Aliff yang berusia 21 tahun.

Neelofa

View this post on Instagram

Hanya خير خالد @khirkhalid

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Sering dikaitkan dengan beberapa lelaki terkenal di negara ini, hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sering kali ditanya mengenai persoalan jodoh.

Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik untuknya, Neelofa menerusi MH sebelum ini ada menjelaskan terdapat banyak spekulasi mengenai perkara tersebut.

Neelofa yang kini berusia 31 tahun bagaimanpun mengakui akan berkongsi khabar gembira kepada semua andai sedang menjadi hubungan istimewa dengan seseorang selepas ini.

Tiz Zaqyah

IKLAN

Mencecah usia 32 tahun, pelakon terkenal ini juga masih belum sampai jodoh untuk mendirikan rumah tangga.

Selesa dengan kehidupannya kini, Tiz sebelum ini ada menyuarakan pendirian mengenai kehidupan peribadi.

Jasmine Suraya

Hos dan pelakon cantik kelahiran Sarawak, Jasmine Suraya Chin setakat ini tidak terlalu mendedahkan soal peribadi dirinya.

Kian dikenali menerusi beberapa barisan drama, siapa sangka bintang ini sudah pun mencecah usia 31 tahun.

Nur Risteena

View this post on Instagram

🌹

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Kakak kepada pelakon Ruhainies, Risteena juga sering mendapat perhatian ramai dek kisah cintanya yang cukup manis untuk dikongsi.

IKLAN

Kemesraan yang tampilkan bersama tunang, pelakon Isa Khan di media sosial menjadikan pasangan sama cantik sama padan ini sebagai antara pasangan selebriti yang secocok bersama.

Difahamkan, pasangan ini sedang mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan selepas keduanya bertunang pada 23 November tahun lalu.

Zizi Kirana

Penyanyi dan rapper, Zizi Kirana juga sering menjadi perhatian kerana belum mempunyai sebarang ikatan khusus bersama seseorang.

Berusia 33 tahun, bintang ini dilihat lebih senang untuk memberi fokus terhadap dunia seninya sahaja setakat ini.

Dayang Nurfaizah

Selain ramai yang bercakap mengenai bakat nyanyiannya yang bukan calang-calang, penyanyi asal Sarawak ini juga sering kali diajukan persoalan mengenai peneman hidup.

IKLAN

Mengakui dirinya terbuka untuk menerima seseorang yang istimewa, namun ruang lingkup sisi cintanya setakat ini dicurahkan menerusi naskah seni.

Fathia Latiff

View this post on Instagram

feeling warm and delightful.

A post shared by نور فتحي (@fatiyalatiff) on

Selagi tidak mendirikan rumah tangga, agaknya selagi itulah ramai yang bertanya mengenai siapakah lelaki bertuah yang bakal menjadi teman hidup pelakon dan penyanyi cantik ini.

Fathia, 33, kini difahamkan lebih selesa menjalani kehidupan secara solo seterusnya memberi tumpuan penuh dalam kerjaya seni.

Heliza

Penyanyi dan aktivis yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi juga tidak terlepas daripada diajukan mengenai soal jodoh.

Meniti usia 34 tahun, bintang asal Terengganu ini telah kelihatan gembira dan comel sentiasa.

Sherry Al Hadad

Sinonim dengan personaliti yang menyenangkan, Sherry Al Hadad juga sering kali ditebak dengan persoalan jodoh.

Pada usia 35 tahun kini, hos Bis Stage di samping Alif Satar ini bagaimanapun cukup terbuka apabila bercakap soal jodoh meski dirinya masih belum bertemu teman istimewa.

Foto: Instagram Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI