Berkongsi pengalaman melalui kawasan sempadan Israel untuk memasuki Palestin, jelas Fedtri Yahya bukan mudah mendapat pelepasan meski visa sudah berada di dalam tangan.
Maklumnya di ruang komen, disebabkan Palestin tiada lapangan terbang atau jabatan Imigresen dan dikawal sepenuhnya Israel, setiap pengunjung wajib melepasi sempadan Israel terlebih dahulu.
Lalu, Fedtri ada berkongsi foto beberapa keping duit mata wang Shekel, merupakan duit ‘Yahudi’ hasil sumbangan aktiviti masjid di Palestin.
“Kepada yang tak biasa tengok. Ini mata wang yang digunakan di Israel & Palestin. 1 Shekel = RM1.20. Selalu orang sebut ‘harga Yahudi’ kan?
“Hah, bila masuk negara haram ni, maka dapatlah merasa maksud frasa tu. Memang yahudi betul harganya.
“Duit ni sumbangan rakan-rakan untuk aktiviti masjid di Palestin ( sukarelawan masak dan agihkan kepada jemaah yang memerlukan). Dilakukan hampir setiap hari,” tulisnya.
Tambahnya lagi, setiap yang beragama Islam haruslah saling membantu, bukannya hanya mengkritik bantuan yang diberikan.
“Memang pelik bila ada orang Islam yang tak suka Palestin. “Biarlah diorg, kita tak payah sibuk-sibuk”. Spesies ni ada di sekeliling + di alam maya. Palestin berlainan negara namun dalam konteks aqidah – kita satu negara.
“Kota Suci ketiga umat Islam ada di situ. Jadi ada peranan kita sebagai Muslim. Daripada memekak tak buat apa, baiklah membantu. Kalau tak mahu membantu, jangan halang orang lain untuk berbuat baik,” jelasnya lagi.
Pelakon, Datin Umie Aida ada berkongsi sekeping foto bersama penyanyi, Anuar Zain di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Umie, dirinya sangat menghargai bakat nyanyian penyanyi lagu Sedetik Lebih ini dari dahulu dan sehingga kini.
“Menghargai bakat yang ada pada @anuarzainnetwork dari dulu kini dan selamanya. Walaupun zaman berganti tapi nama mu tetap utuh di persada seni tanah air.,” tulisnya.
Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui tahun 2019 merupakan satu tahun yang amat mencabar buat dirinya.
Menurut penyanyi 28 tahun ini, banyak perkara yang telah dipelajari dirinya sepanjang bergelar selebriti.
“Untuk tahun 2019, saya banyak belajar terutama belajar untuk tidak mudah mengalah sebab ada juga beberapa tawaran yang Azira nak tapi tak dapat.
“Tapi saya rasa mungkin belum rezeki saya tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki yang lain, yang lebih besar untuk Azira,” kongsi Azira.
Di samping itu, bintang ini juga mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupannya pada tahun hadapan.
“Sudah semestinya kalau boleh kita nak sesuatu yang lebih baik di masa akan datang dan Azira harapkan tahun 2020 Azira boleh keluarkan produk jenama Azira sendiri dan juga untuk kuruskan badan.
“Azam Azira untuk tahun 2020 ini kalau boleh Azira nak menceburi bidang teater tapi kalau ada rezeki. Buat masa ni Azira sangat gembira sebab InsyaAllah Azira akan muncul dalam dua buah filem tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Azira ditemui pada majlis pelancaran tudung jenama HANAMI yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.